9 Resipi Asam Pedas: Ikan Pari, Kembung, Merah, Jenahak, Tenggiri, Patin, Johor, Ayam dan Daging Tetel Original Melaka.

Asam Pedas ialah hidangan klasik Melayu dan Minangkabau dan ia sangat popular di Malaysia. Hidangan berkuah yang menonjolkan kombinasi dinamik rasa asam dan pedas ini terhasil dari campuran pelbagai rempah.

Terdapat beberapa versi resipi asam pedas yang boleh ditemui. Teruskan membaca untuk mengetahui cara menyediakan hidangan asam pedas yang sedap dengan merujuk 9 resipi yang menyelerakan di bawah.

1. Asam Pedas Ikan Pari

Kredit: Che Nom

Bahan-bahan kisar halus:

  • 7-8 biji bawang merah
  • 4-5 ulas bawang putih
  • 1 ketul kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 15-20 biji cili kering
  • ½ sudu kecil lada hitam
  • Sedikit air

Bahan-bahan lain:

  • 500g ikan pari
  • ½ mangkuk kecil minyak masak
  • 1 batang serai, diketuk
  • Sedikit belacan
  • ½ mangkuk air pati asam jawa
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 ikat daun kesum
  • 2 biji tomato
  • 7-8 biji bendi
  • Garam secukup rasa

2. Asam Pedas Ikan Jenahak Melaka

Kredit: Kak Yan

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan jenahak
  • 2 sudu teh halba
  • 2 serai
  • 3 atau 4 sudu besar cili kisar
  • Sedikit belacan (optional)
  • 10 helai daun limau
  • 7 biji bendi
  • 2 biji tomato
  • 1 cawan air asam jawa
  • 1 cawan minyak
  • Kiub pati ikan bilis
  • Garam
  • Gula melaka atau gula perang

Bahan Kisar:

  • 15 biji bawang ros
  • 10 ulas bawang putih
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 sudu teh ketumbar
  • ½ sudu teh jintan manis
  • ½ sudu teh jintan putih

3. Asam Pedas Ayam

Kredit: Limau Nipis

Bahan-bahan:

  • 1/3 ekor ayam
  • 2 batang serai (ketuk)
  • 1 ikat daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan (dibelah 4)
  • 1/4 air asam jawa
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 sudu kecil lada hitam (tumbuk kasar)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula melaka/gula pasir
  • 2 1/2 sudu besar cili boh/kisar

Bahan kisar halus:

  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 cm kunyit hidup
  • 1 cm belacan
  • 1/3 cawan air

4. Asam Pedas Daging Tetel Original Melaka

Kredit: Dapur Mok Teh

Bahan utama:

  • 1 kilo daging yang telah dipotong dan direbus. (rebus jgn terlalu empuk)

Bahan-bahan utk diblender:

  • Cili kering yg telah siap di rebus & dibuang biji
  • Kunyit hidup
  • Halia
  • Lengkuas
  • Ketumbar
  • Jintan halus
  • Jintan kasar
  • 3 ulas Bawang putih
  • 6 biji Bawang merah
  • Sedikit belacan
  • Sedikit air

Bahan-bahan utk tumis:

  • 2 batang serai yg telah dititik
  • Halba
  • 1 ulas bawang putih – dihiris
  • 1 ulas bawang merah – dihiris
  • Daun limau purut
  • Asam jawa
  • Garam
  • Sedikit serbuk perasa

5. Asam Pedas Ikan Kembung

Kredit: Dayang Suri

Bahan utama:

  • 7 ekor ikan kembung (setengah kilo ada ni)
  • 1 cawan cili kisar/cili giling/cili boh
  • 1 cawan air asam jawa

Bahan kisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 7 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci belacan (bakar sekejap lebih sedap)

Bahan-bahan lain:

  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 genggam daun kesum
  • 2 cawan air untuk kuah
  • 1 batang serai diketuk/dititik
  • 1 sudu besar garam kasar
  • 3 sudu teh gula pasir
  • 2 biji tomato
  • 5 biji kacang bendi bukan berendi
  • Setengah cawan minyak masak untuk tumis

Petua: Bahan tumisan dan cili kena pecah minyak 3 kali baru warna dan rasa asam pedas akan jadi cantik dan sedap, tahan lama dan tak mudah basi.


6. Asam Pedas Johor

Kredit: Real Cooking With Jasmin

Bahan-bahan:

  • Ikan (boleh guna ikan senangin/pari/merah/kembung dll)
  • Bawang besar 4 biji (size kecil)
  • Bawang putih 6 ulas
  • Cili kisar 1 cawan
  • Halia 2 inci
  • Kunyit hidup 3 inci @ Kunyit serbuk 1 sudu kecil
  • Belacan
  • Asam jawa
  • Asam keping
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Bendi/tomato/sayur jeruk

7. Asam Pedas Ikan Tenggiri Sedap & Mudah

Kredit: Dapur Biru

Bahan utama:

  • Ikan tenggiri
  • Sayur bendi
  • Terung
  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • Asam jawa
  • Air
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula

Bahan yang dikisar:

  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci belacan
  • 1 inci kunyit
  • 4 sudu besar cili kisar

8. Asam Pedas Ikan Patin Kelantan Style

Kredit: Rezeki Dapur Kita

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan patin
  • 3 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang holland
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 7 biji cili padi
  • 3 tangkai cil kering
  • 4 keping asam keping
  • 1 ikat daun kesum
  • Garam dan gula secukup rasa

9. Asam Pedas Ikan Merah

Kredit: Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan merah (tanpa kepala)
  • 2 batang serai – ketuk
  • 1 sudu besar asam jawa – bancuh dengan 1 mangkuk air
  • 1 kuntum bunga kantan – belah 2
  • 7-8 sudu besar cili kisar – lebih kurang 1/2 mangkuk
  • 1-2 sudu kecil MAGGI CukupRasa atau secukupnya
  • Garam – jika perlu
  • 500 ml air
  • Minyak masak

Bahan kisar:

  • 1 biji bawang besar Holland – saiz besar
  • 2 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 hirisan lengkuas
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup

Sayuran:

  • Bendi
  • Buah tomato – belah 4

Resipi Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *