8 Resipi Ayam Goreng: Rangup, Berempah, Kunyit, Ala KFC, McD, Crispy, Mamak, Cili Kering, Berlada dan Ala Korea.

Selain dipanggang, antara kaedah popular yang lain untuk memasak ayam adalah dengan menggorengnya. Sedap, rangup dan juicy, terutama sekali ketika masih panas berasap, ayam goreng sememangnya satu hidangan klasik yang amat digemar ramai.

Sekali sekala, memang seronok menikmati ayam goreng di restoran, tidak kiralah KFC, McD, ataupun di gerai feveret. Namun, ada juga kelebihan kalau menggoreng sendiri di rumah. Contohnya, anda bebas untuk memilih jenis salutan atau seasoning untuk ayam goreng tersebut.

Jika anda perlukan bimbingan atau resipi yang lebih padu, bolehlah rujuk 8 jenis resipi ayam goreng di bawah ini. Selamat mencuba!

1. Ayam Goreng Berempah

Kredit: Dapur Biru

Bahan-bahan:

  • 3 bahagian paha ayam
  • 1 sudu makan rempah Kari
  • 1 sudu makan lada sulah
  • 1 sudu makan lada (serbuk cili)
  • 4 tangkai daun Kari
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

Bahan untuk dikisar:

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 batang serai

2. Ayam Goreng Crispy Ala KFC

Kredit: Che Nom

Bahan-bahan untuk ayam perap:

  • 1 ekor ayam
  • 2 ulas bawang putih
  • ½-1 inci halia
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 1 sudu kecil serbuk paprika
  • ½ sudu besar serbuk seasoning
  • ½ sudu kecil garam
  • ½ sudu kecil serbuk lada putih
  • ½ cawan air

Bahan untuk tepung goreng:

  • 3 ½ cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu besar serbuk seasoning
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat

Bahan-bahan untuk coleslaw:

  • 1 mangkuk besar hirisan kubis
  • ½-1 batang lobak merah
  • 3-4 sudu besar mayonis
  • Sedikit jus lemon
  • Secubit garam
  • Sedikit gula
  • 1-2 sudu besar susu full cream

Bahan-bahan untuk kentang putar:

  • 4 ketul / 600g kentang
  • Air untuk rebusan
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil mentega
  • Secubit garam
  • Sedikit susu full cream

Bahan-bahan untuk sos perang:

  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 kiub pati lembu atau ayam
  • 2 cawan air
  • Sedikit kicap (untuk warna) – hanya letakkan sedikit sahaja.
  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam

3. Ayam Goreng Berlada

Kredit: Jom masuk DAPUR

Bahan untuk dikisar:

  • Cili padi hijau – 7 tangkai
  • Cili merah besar – 1 tangkai
  • Tomato – 1/2 biji
  • Bawang merah – 1/2 biji
  • Bawang putih – 4 ulas

Bahan-bahan lain:

  • Ketulan Ayam (perap dengan serbuk kunyit dan garam)
  • Sos tiram
  • Sos ikan cap sotong
  • Sedikit serbuk perasa
  • Sedikit air perahan limau

4. Ayam Goreng Kunyit

Kredit: Dapur Biru

Bahan untuk goreng ayam:

  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil garam

Bahan untuk tumis:

  • 1 biji cili merah
  • 1 biji bawang holland
  • 2 ulas bawang putih

Bahan-bahan lain:

  • Lobak merah
  • Sayur kacang panjang
  • Jagung muda / baby corn
  • Serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa

5. Ayam Goreng Ala McD (Guna Tepung Bestari)

Kredit: Nara Media

A. Bancuhan tepung #1 + ayam:

  • 7 – 8 ketul ayam
  • 1 mangkuk tepung Bestari
  • Sedikit air

B. Bancuhan tepung #2:

  • 1 cawan tepung Bestari
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar serbuk cili (boleh tambah kalau nak lagi pedas)

6. Ayam Goreng Cili Kering

Kredit: Rezeki Dapur Kita

Bahan-bahan:

  • Ketulan Ayam (yg dipotong kecil dan digaul dgn garam, serbuk kari dan tepung gandum)
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 4 tangkai daun kari
  • 5 biji cili kering (dipotong kecil)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos cili
  • Sedikit perahan limau nipis

7. Ayam Goreng Mamak

Kredit: Che Nom

Bahan-bahan:

  • ½ – 1 ekor ayam
  • 2 inci halia
  • 5 ulas bawang putih
  • 300g tepung jagung
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • ½ sudu besar serbuk jintan manis
  • ½ sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk kari ikan/daging
  • 1 sudu besar serbuk Maggi Cukup Rasa
  • 1-2 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 2 biji telur
  • ½ sudu kecil pewarna merah
  • ½ sudu kecil pewarna oren
  • 1 sudu besar jus limau
  • Daun kari

8. Ayam Goreng Spicy Ala Korea (Sos Homemade)

Kredit: Malina Lina Pg

Bahan A: Bancuhan tepung + ayam:

  • 10 ketul kepak ayam (yg dipotong kepada 2 bahagian)
  • 100g tepung goreng ayam
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 biji telur

Bahan B: Pes cili:

  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar cili giling
  • Sedikit air

Bahan-bahan lain:

  • Minyak masak
  • 5 ulas bawang putih (dicincang)
  • Pes cili (dari bahan B)
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar madu
  • 1/2 kiub ayam
  • Bijan (yg telah disangai)
  • Daun bawang

Resipi Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *