9 Resipi Brownies: Kedut, Chewy, Cheese, Mudah & Sedap, Tanpa Telur, Sukatan Cawan, versi Cookies & Bites dan Kukus.

Bagi penggemar coklat, pasti tidak akan menolak jika diberikan kek brownies yang enak ini. Sebenarnya ada pelbagai jenis resipi brownies. Ada brownies yang jenis fudgy, chewy, dan ada juga yang mempunyai tekstur seperti kek.

Apa jua jenis brownies yang anda idamkan, kini sudah tiba masanya untuk anda panaskan ketuhar di dapur untuk memanggang brownies sendiri! Berikut adalah 9 jenis resipi brownies yang pasti dapat memenuhi setiap citarasa.

1. Brownies Kedut

Kredit: Che Nom

Saiz loyang:  9 X 9 inci

Bahan-bahan:

  • 300g coklat gelap/dark chocolate
  • 150g mentega tak bergaram/unsalted butter
  • 100g tepung gandum (boleh ganti self-raising flour utk texture yg lebih gebu)
  • 30g serbuk koko (kurangkan kepada 20g kalau tak suka pahit)
  • ½ sudu kecil garam
  • 2 sudu besar air panas
  • ¾ sudu kecil serbuk espresso/nescafe
  • 200g gula perang (soft brown sugar)
  • 4 biji telur (gred B)
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Nota: Bakar pada suhu 160°C, selama 30-35 minit


2. Chewy Brownies Kedut Mudah (Guna 5 Bahan)

Kredit: Sis DaMia

Bahan-bahan:

  • 450g coklat hitam
  • 130g mentega
  • 3 biji telur
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1 cawan tepung naik sendiri

Nota: Preheat oven 150°c selama 10minit. Kemudian bakar juga pada suhu 150°c selama 50 minit.


3. Cheese Brownies

Kredit: Buat Orang Lapo

Bahan-bahan:

  • 400gm coklat masakan (dlm video guna dark chocolate)
  • 150gm butter
  • 100gm tepung naik sendiri
  • 50gm gula castor
  • 100gm gula perang
  • 30gm serbuk koko
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 4 biji telur gred A

Nota:

  1. Simpan sedikit adunan brownies untuk hiasan.
  2. Bakar brownies ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan menggunakan suhu 180°C selama 30-40 minit, atau sehingga masak.

Bahan Cheese:

  • 350 gram cream cheese
  • 1 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil jus lemon

Nota:

  1. Letakkan cheese diatas brownies yang telah masak dan buatkan corak marble menggunakan lebihan adunan brownies tadi.
  2. Bakar lagi 10-15 minit pada suhu 150-160°c menggunakan api atas sahaja.

4. Brownies Sedap Dan Pasti Menjadi

Kredit: Ariana Sofia Ahmad

Bahan-bahan:

  • Dark Compound Coins – 300g
  • Mentega – 150g
  • Gula Perang Asli – 1 cawan (160g)
  • Gula – ¼ cawan (50g)
  • Telur – 3 biji (Grad A)
  • Esen Vanila – 1 sudu kecil
  • Serbuk Koko – 30g 
  • Tepung Gandum – 100g
  • Nutella

5. Brownies Tanpa Telur

Kredit: Buat Orang Lapo

Bahan-bahan:

  • 1 Cawan Tepung Gandum
  • 1/2 Cawan Serbuk Koko
  • 1 Sb Tepung Jagung
  • 1/2 sk Soda Bikabonat
  • 1/8 sk Garam
  • 3/4 Cawan Gula
  • 1/4 Cawan Minyak Masak
  • 1 Cawan Susu Cair
  • Kepingan Badam

6. Brownies Cookies Cantik

Kredit: Seminit Resepi

Bahan A:

  • 240 gram Choc coin
  • 80 gram unsalted butter

Bahan B:

  • 2 biji telur
  • 100 gram tepung kek
  • 140 gram gula aising

Nota: Bakar suhu 150 selama 30 min. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.


7. Fudgy Brownies (Sukatan Cawan)

Kredit: Buat Orang Lapo

Bahan-bahan:

  • 200 gram coklat gelap
  • 1/2 cawan mentega
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan gula perang
  • 3 biji telur (gred B)
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar esen vanila
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 100 gram coklat (apa-apa coklat pun boleh)

Nota: Sebelum bakar panaskan dulu oven lebih kurang 10 minit. Kemudian, bakarkan selama 30 minit ataupun sehingga masak.


8. Brownies Bites

Kredit: Butterlaici

Bahan-bahan:

  • 150 gram dark chocolate
  • 100 gram butter
  • 100 gram self raising flour
  • 20 gram serbuk koko
  • 2 biji telur gred B
  • 140 gram gula perang
  • ½ tsp esen vanilla
  • Sedikit almond nibs sebagai hiasan

9. Brownies Kukus (Tak Perlu Oven)

Kredit: Limau Nipis

Lapisan brownies:

  • 100g dark coklat
  • 100g marjerin atau butter
  • 50ml susu full cream/susu cair/susu uht
  • 2 biji telur saiz besar
  • 60g gula pasir
  • 1 sudu teh ovalet
  • 60g tepung gandum
  • 30g susu tepung/creamer
  • 1/2 sudu teh baking powder

Lapisan tengah:

  • 3 sudu makan adunan brownies
  • 3 sudu makan susu pekat manis
  • 3 sudu teh serbuk koko
  • 3 sudu teh minyak masak

Nota: Guna loyang saiz 10 x 8 x 7 inci

Resipi Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *