3 Resipi Buko Pandan: Versi Simple & Sedap, Special dan Guna Air Kelapa Pandan.

Buko Pandan ialah sejenis hidangan berkuah manis dan pekat yang digaulkan dengan hirisan isi kelapa dan ekstrak daun pandan yang harum. Di Filipina, tempat asal hidangan ini, buko secara literalnya bermaksud kelapa muda. Hidangan ini biasanya disediakan dalam keadaan sejuk, dan sesuai dinikmati sebagai ‘dessert' selepas makan berat.

Pada asasnya, buko pandan dibuat dengan tiga bahan utama iaitu jeli, biji sagu, dan isi kelapa. Di bawah ini ada 3 jenis resipi buko pandan yang anda boleh cuba.

1. Buko Pandan Special

Kredit: Ariana Sofia Ahmad

Bahan untuk sagu:

  • Air – 2 cawan (400ml)
  • Biji Sagu – 80g
  • Pewarna Hijau – 1 sudu kecil

Bahan untuk agar-agar:

  • Air Kelapa – 2 cawan (400ml)
  • Gula – 50g
  • Agar-Agar – 6g
  • Pandan Emulco – 1 sudu kecil
  • Pewarna Hijau – ¾ sudu kecil

Bahan campuran untuk isi & kuah:

  • Isi Kelapa – 2 biji (300g)
  • Susu Segar – 2 cawan (400ml)
  • Whipping Cream – 1 ¼ cawan (250ml)
  • Susu Pekat Manis – 150g
  • Nata De Coco – 200g
  • Jagung – 60g

2. Buko Pandan Yg Simple & Sedap

Kredit: Dapur Obek Malindo

Bahan untuk agar-agar:

  • 4 cawan air / 1liter
  • 1 sachet agar-agar
  • 3/4 gula
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • Perasa pandan
  • Sedikit garam

Bahan untuk sagu:

  • Sagu mutiara
  • 4 cawan air/1liter
  • 1 cawan sagu mutiara
  • Sedikit garam

Bahan campuran untuk susu:

  • 2 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 300ml air kelapa
  • Isi kelapa
  • Sedikit garam untuk menaikkan rasa lemak

3. Buko Kelapa Pandan Istimewa

Kredit: Mak Intan's Garden

Bahan untuk jelly kelapa muda:

  • 2 bungkus Nutrigel perasa kelapa muda
  • 800ml air kelapa muda pandan
  • 1 helai daun pandan
  • Pewarna hijau

Bahan untuk sagu:

  • 100g sagu
  • 1 liter air
  • 1 helai daun pandan
  • Pewarna hijau

Bahan untuk isi buko:

  • 2 biji kelapa muda pandan
  • 2 cawan nata de coco

Bahan untuk kuah buko:

  • 2 tin susu/krimer sejat
  • 1 tin air
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 250ml whipping cream
  • 1 cawan gula (ikut selera sendiri)

Leave a Reply

Your email address will not be published.