9 Resipi Udang: Masak Lemak Cili Api, Goreng Butter, Kunyit, Kam Heong, Buttermilk, Sambal Petai, Celup Tepung, Telur Masin dan Sos.

Udang adalah hidangan yang ideal untuk disajikan ketika waktu makan kerana rasanya yang lazat dan tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak.

Banyak jenis hidangan menyelerakan yang boleh dihasilkan menggunakan udang. Dari masak lemak, goreng, sampailah masak sambal petai – senarai 9 resipi udang terbaik di bawah pasti akan mendapat tempat di hati anda. Cubalah!

1. Udang Masak Lemak Cili Api

Kredit: Buat Orang Lapo

Senarai bahan-bahan:

  • 1/2 Biji Bawang Besar
  • 1/2 Inci Kunyit Hidup
  • 1/2 Inci Halia
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • 6 Tangkai Cili Padi
  • Air
  • 1 1/2 Cawan Santan
  • 1 Batang Serai
  • 1 Hiris Asam Keping
  • Kacang Panjang
  • 10 Ekor Udang
  • Garam

2. Udang Goreng Butter

Kredit: Che Nom

Bahan-bahan untuk telur bersarang:

  • 2 ulas bawang putih
  • 2 tangkai cili padi
  • Sedikit garam
  • ½ sudu kecil serbuk pati ayam
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 ½ cawan minyak masak
  • 50g / 3 sudu besar mentega
  • 5 biji telur kuning

Bahan-bahan untuk udang goreng:

  • 7 ekor udang besar
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit garam
  • 1 cawan minyak masak

3. Udang Goreng Kunyit

Kredit: Dapur Biru

Bahan-bahan:

  • Udang
  • 2 Biji Bawang Merah
  • 3-4 Batang Daun Kari
  • Serbuk Kunyit
  • Garam secukup rasa

4. Udang Masak Kam Heong (Chinese Style)

Kredit: Penang Sara Kitchen

Bahan-bahan:

  • 300 gram udang laut
  • 1 sudu besar serbuk  rempah ikan (membukit sikit)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • Cili potong (merah/burung)
  • ½ sudu besar lada putih serbuk
  • Daoun sup dan daun bawang sikit
  • Bijan goreng untuk ditabur

Tips:

  1. Jangan bubuh garam dahulu sebab sos tiram, sos tomato, sos cili dan kicap dan juga udang itu sendiri pun dah ada garam. Kalau nak bubuh, bubuh sikit sahaja.
  2. Udang goreng separuh masak sahaja. Kalau digoreng sampai masak, nanti bila dah siap masak dengan sos, udang akan rasa kering.
  3. Masak cara Cina tradisi, api kena kuat sikit dan jangan masak terlalu lama.
  4. Kalau nak pedas, tambah cili burung sebab masakan ini sebenarnya ada rasa pedas sikit.

5. Udang Buttermilk

Kredit: Seismik Makan

Bahan-bahan:

  • 400 gram udang
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar mentega
  • 5 sudu besar bawang putih
  • 4 biji cili padi
  • Segenggam daun kari
  • 1 tin susu sejat

6. Sambal Tumis Udang Petai

Kredit: Che Nom

Bahan-bahan kisar halus:

  • 5-6 biji bawang merah kecil
  • 4-5 ulas bawang putih
  • 1 1/2 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 15-20 biji cili kering

Bahan-bahan lain:

  • 1/2 mangkuk minyak masak
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3-4 sudu besar air asam jawa
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1-2 sudu besar gula nisan/gula melaka
  • 400g udang
  • 1 mangkuk isi petai
  • 1/2 biji bawang holland

7. Udang Celup Tepung

Kredit: Shahrul Redzuan

Bahan-bahan:

  • 7-8 ekor udang
  • 1 cawan tepung (jenis tepung yg digunakan dlm video: Bluekey Self-Raising Flour)
  • Air
  • Telur (optional)

8. Udang Telur Masin

Kredit: Malina Lina Pg

Bahan-bahan:

  • 500g udang besar (anggaran 8 ekor)
  • 2 sudu besar tepung goreng ayam
  • 2 sudu besar butter/mentega
  • 3 sudu besar serbuk telur masin
  • 1/2 cawan susu sejat
  • 7 ulas bawang putih (cincang/dadu)
  • 7 biji cili padi (terpulang kepedasan masing-masing)
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak

Nota: Jika ingin menggunakan telur masin segar, gunakan 3 biji rebus hingga masak. Kemudian ambil 3 kuning telur + 1 putih telur lecek kasar.


9. Udang Masak Sos / Merah

Kredit: DAPOQ DANGAU

Bahan-bahan:

  • Udang
  • Cili kisar
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • 1 biji cili besar
  • 4 biji cili api
  • Sedikit halia
  • 1 biji bawang holland
  • Garam

Resipi Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *