9 Resipi Ikan Merah: Kari, Asam Pedas, Sup, Masak Lemak, Sambal, Stim Halia, Bakar Berempah, Masam Manis dan Tumis Berlada Kicap.

Jika anda sudah lama tidak menjamu makanan laut, apa kata tukar menu hari ini kepada lauk ikan merah?

Dengan badannya yang sedikit tembam dan kemerahan, ikan merah boleh dimasak dalam pelbagai cara termasuk goreng, bakar, kukus dan sup. Stail masakan yang popular untuk ikan ini tentu sekali jenis yang berkuah, contohnya kari, masak lemak dan asam pedas.

Bagi yang tengah mencari idea masakan ikan merah, sudah pasti memerlukan resipi yang kena dengan selera sendiri atau keluarga. Jangan risau, berikut adalah senarai 9 jenis resipi ikan merah yang anda boleh pilih.

1. Kari Pekat Ikan Merah

Kredit: Che Nom

Bahan-bahan untuk tumbuk kasar:

  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan-bahan untuk bancuhan rempah:

  • 2 sudu besar (membukit) serbuk kari ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • Air secukupnya

Bahan-bahan lain:

  • ½ mangkuk kecil minyak masak
  • ¾ sudu kecil halba campur
  • 2 tangkai daun kari
  • 2-3 sudu besar air asam jawa
  • 1 ekor ikan merah
  • 1 mangkuk santan cair
  • 3 biji cili merah besar
  • 1 mangkuk santan pekat
  • Air (jika perlu)
  • Garam secukup rasa
  • 12 batang bendi
  • 2 biji tomato

2. Asam Pedas Ikan Merah

Kredit: Azie Kitchen

Bahan untuk kisar:

  • 1 biji bawang besar Holland (saiz besar)
  • 2 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 hirisan lengkuas
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup

Bahan-bahan lain:

  • 1 ekor ikan merah (bahagian badan)
  • 2 batang serai – ketuk
  • 1 sudu besar asam jawa – bancuh dengan 1 mangkuk air
  • 1 kuntum bunga kantan – belah 2
  • 7-8 sudu besar cili kisar (lebih kurang 1/2 mangkuk)
  • 1-2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa atau secukupnya
  • Garam (jika perlu)
  • 500ml air
  • Minyak masak

Sayuran:

  • Bendi
  • Buah tomato – belah 4
  • Cherry tomato (jika mahu)

3. Sup Ikan Merah Yang Mudah & Sedap

Kredit: Nasser's Kitchen

Bahan-bahan:

  • 500g ikan merah
  • 4 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 hiris tebal halia
  • Sedikit kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 biji buah tomato
  • Sedikit daun sup

4. Ikan Merah Masak Lemak

Kredit: Cik Da

Bahan kisar:

  • 8 batang cili
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Halia
  • Kunyit hidup

Bahan-bahan lain:

  • Serai
  • 1 biji tomato (potong 4)
  • Asam keping
  • Serbuk kunyit
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Air
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa (jika perlu)

5. Ikan Merah Masak Sambal

Kredit: MaMa Diaa

Bahan utk dikisar:

  • 2 biji bawang merah besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji cili merah

Bahan-bahan lain:

  • Potongan ikan merah (yg digaul dgn sedikit serbuk kunyit)
  • Minyak masak
  • Pes Sambal Tumis (Maggi)
  • Sedikit garam
  • 1 sudu gula pasir
  • Sedikit serbuk Maggie CukupRasa
  • Sedikit air (untuk kuah sambal)

6. Ikan Merah Stim Halia (Chinese Style)

Kredit: Ummi AtiyahAtif's Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 3 inci halia
  • 1 ikat daun bawang
  • 1 biji tomato
  • 1 kiub pati ayam
  • 1/2 biji bawang holland
  • 11 biji cili padi merah
  • 1 ikat daun ketumbar
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 3 biji perahan limau nipis
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 250ml air panas

7. Ikan Merah Bakar Berempah

Kredit: Wani Sukarno

Bahan utama:

  • 1 ekor ikan merah (yg telah dibersihkan)

Bahan-bahan untuk dikisar:

  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 5 tangkai lada burung
  • 2 helai daun limau purut (buang urat tengah)
  • 1 kuntum bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
  • 1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika mahu)
  • 1 1/2 sudu besar rempah kari ikan
  • 4 – 5 sudu makan air asam jawa
  • 1 inci Belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • Gula dan garam secukupnya

8. Ikan Merah Tumis Berlada Kicap

Kredit: Nora Azwin

Bahan utama:

  • Ikan merah yg telah dibersihkan
  • Sedikit garam
  • Serbuk kunyit

Bahan utk dikisar:

  • 1 biji bawang besar merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 10 biji cili api hijau
  • 5 biji cili merah besar

Bahan untuk sos:

  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3-4 sudu besar kicap lemak manis

Bahan-bahan lain:

  • 6 helai daun limau purut
  • 1 batang serai di titik
  • 1 sudu teh garam
  • 3 biji tomato (dipotong 4)
  • Daun bawang (dipotong kasar)

9. Ikan Merah Masak Masam Manis

Kredit: Santubong Puteri Channel 2

Bahan-bahan:

  • Ikan merah – 1 ekor
  • Bawang Besar – 1 biji
  • Bawang Putih – 3 ulas
  • Halia – 2 inci
  • Serai – 2 batang (diketuk)
  • Sos cili – 6 sudu makan
  • Sos tomato – 6 sudu makan
  • Stok ayam – 1 sudu makan
  • Gula – 2 sudu makan
  • Sedikit cili kering yang telah dikisar

Bahan sayuran:

  • Timun 1/2 batang (dipotong dadu & dibuang isi tengah timun)
  • Carrot 1/2 batang (potong dadu)
  • Cili apple hijau dan merah (Capsicum) – dipotong dadu

Resipi Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *