6 Resipi Kari Ayam: Sedap & Padu, Kuah Pekat, Tanpa Santan, Mamak Style, Bangladesh, Untuk Kuah Roti Jala dan versi Simple.

Kari ayam adalah hidangan yang popular di kebanyakan negara di Asia, dan masing-masing mempunyai cara yang tersendiri dari aspek penyediaan. Hidangan kari yang berasaskan ayam dengan campuran rempah ratus dan santan ini mempunyai tekstur yang pekat, dan rasa yang pedas dan berlemak.

Aroma karinya sahaja sudah mampu memikat selera sesiapa sahaja. Bergantung kepada citarasa, kari ayam amat sesuai dimakan dengan nasi putih, nasi himpit, roti canai ataupun roti jala. Anda perlukan bantuan dalam penyediaan hidangan yang lazat ini? Jom lihat 6 jenis resipi kari ayam di bawah!

1. Kari Ayam Padu

Kredit: Limau Nipis

Bahan kisar:

  • 2 ulas bawang merah kecil
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 cawan air

Bahan-bahan lain:

  • 3 ulas bawang merah saiz kecil (hiris)
  • 2 ulas bawang putih (hiris)
  • 1/2 inci halia (hiris)
  • 1 tangkai daun kari
  • Rempah 4 sekawan
  • 5 sudu makan rempah kari ayam/daging + 1 1/2 sudu makan serbuk cili + 2/3 cawan air
  • 1/2 ekor ayam
  • 2 biji ubi kentang
  • 200ml santan segar dari perahan pertama (1/2 biji kelapa parut)
  • 100 200ml air
  • 2 1/2 sudu makan air asam jawa
  • 2 sudu teh garam
  • Sedikit gula

2. Kari Ayam Pedas Kuah Pekat

Kredit: Che Nom

Bahan-bahan:

  • ½ – 1 ekor ayam
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji kentang
  • 2 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah kecil
  • 1-2 tangkai daun kari
  • 5 sudu besar rempah kari daging
  • 1-2 sudu besar serbuk cili
  • Sedikit air asam jawa
  • ¾ santan kotak
  • Air secukupnya untuk kuah
  • Garam secukup rasa
  • Perasa (jika suka)

Rempah 4 sekawan:

  • 1 batang kayu manis
  • 4 kuntum cengkih
  • 2 bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga

3. Kari Ayam Tanpa Santan Mamak Style

Kredit: Limau Nipis

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 pelepah daun kari
  • 7 batang cili kering
  • Rempah 4 sekawan
  • 3 sudu besar rempah kari ayam / daging
  • 2 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili / cili kisar
  • 1 – 2 cawan air
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 1/2 biji tomato
  • 1/3 sudu besar pes asam jawa
  • 1/2 – 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil gula

4. Kari Ayam Bangladesh

Kredit: Che Nom

Bahan-bahan:

  • 1.4 kg ekor ayam
  • 1 1/2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah kecil
  • 4-5 tangkai cili padi
  • 3 tangkai cili merah
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar  jintan putih
  • 2 batang kayu manis
  • 7 biji pelaga
  • 1 1/2 sudu besar  serbuk kari daging
  • 1/2 sudu besar  serbuk kunyit
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1/2 sudu besar garam
  • 1 1/2 cawan air
  • 2 biji kentang

5. Kari Ayam Sedap Untuk Kuah Roti Jala

Kredit: Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam – potong kecil
  • 1 biji kelapa – santan segar
  • 10 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 inci halia
  • 3 sekawan
  • 2-3 sudu besar asam jawa – bancuh dengan air
  • 2-3 biji ubi kentang – potong dadu
  • 8 sudu besar rempah kari
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu besar garam kasar
  • ¾ cawan minyak masak

6. Kari Ayam Versi Simple

Kredit: Saiko Nadia Ismail

Bahan-bahan:

  • 3-4 ketul ayam
  • 1 kulit kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • 3 buah pelaga
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • 1 biji kentang
  • 2 batang daun kari
  • 3 sudu besar serbuk kari daging Baba's
  • 1/2 kotak kecil santan 100ml
  • 3 cawan kecil air
  • 1 asam keping
  • Garam dan Gula secukup rasa

Resipi Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *