6 Resipi Karipap: Rangup, Pusing, Kampung, Inti Kentang, Sardin, Ayam dan Daging.

Karipap atau ‘curry puff’ dalam bahasa Inggeris adalah sejenis makanan bergoreng yang amat popular di Malaysia. Karipap terdapat dalam pelbagai perisa, dan bergantung kepada inti di dalamnya, ia biasanya mengandungi potongan ubi kentang, sardin, hirisan ayam ataupun daging.

Karipap memang sedap dimakan selagi ia masih rangup. Malah saiznya yang kecil dan teksturnya yang kering juga menjadikan karipap sebagai snek yang sesuai dimakan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Berikut adalah 6 jenis resipi karipap yang anda boleh cuba.

1. Karipap Rangup (Tidak Liat Walaupun Sejuk)

Kredit: Surianti Kitchen

Bahan untuk inti karipap:

  • 3 biji ubi kentang dipotong dadu
  • 100 g ayam dipotong dadu kecil
  • 2 sudu besar rempah kari ayam
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • Daun sup/daun bawang
  • Garam
  • Minyak masak untuk menumis
  • Air secukupnya

Bahan untuk kulit karipap:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air dari peti sejuk (Boleh tambah atau kurangkan. Bergantung kepada serapan tepung bagi menghasilkan doh yang tidak melekat di tangan)
  • Secubit garam/ 1/2 sudu kecil

Tips:

Kalau suka karipap yang berkulit licin dan tidak menggerutu, panaskan minyak, tutup api dan masukkan karipap. Biarkan sekejap, baru nyalakan semula api perlahan. Kemudian goreng seperti biasa sehingga karipap itu masak.


2. Karipap Pusing Yang Sedap, Gebu & Rangup

Kredit: Che Nom

Bahan-bahan untuk inti karipap:

  • 3 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 1-2 sudu besar serbuk cili
  • 200g daging kisar
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 400g kentang
  • Air secukup nya, supaya kentang empuk
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ikat daun sup
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan untuk Doh A:

  • 300g tepung gandum
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar majerin
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 125ml air sejuk ais

Bahan-bahan untuk doh B:

  • 150g tepung beras
  • 125g marjerin

3. Karipap Sardin, Rangup & Enak (Sukatan Cawan)

Kredit: Dapur Ibunda

Bahan-bahan untuk inti sardin:

  • 3 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar cili kering yang telah diblender
  • 1 tin sardin
  • Garam secukupnya
  • Minyak secukupnya

Bahan untuk kulit karipap:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1/2 cawan air

4. Karipap Kampung Berinti Kentang

Kredit: Orkids Channel

Bahan-bahan untuk inti:

  • 5 biji kentang (potong dadu)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis (boleh gantikan dengan udang kering kalau mahu)
  • Sedikit air
  • Minyak
  • 3 sudu makan rempah kari daging
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil MAGGI Cukup Rasa
  • 1 sudu makan gula
  • 1 biji telur

Bahan untuk doh karipap:

  • 500g tepung gandum
  • 50g tepung beras
  • 50g tepung ubi
  • 3 sudu makan marjerin
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1 cawan air biasa
  • 1 sudu makan gula
  • 1 sudu kecil garam

5. Karipap Rangup Berinti Daging

Kredit: Dyaz Anna

Bahan-bahan untuk inti:

  • 5 biji kentang
  • 300g daging
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 3 sudu besar serbuk kari daging
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Gula
  • Air
  • Minyak masak
  • Daun sup

Bahan untuk kulit karipap:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 160ml air

6. Karipap Berinti Ayam dan Kentang

Kredit: Borneo Recipe

Bahan-bahan untuk inti:

  • 3 biji kentang (dipotong dadu)
  • 200 gram daging ayam yang dicincang
  • Bawang merah (dicincang)
  • Bawang putih (dicincang)
  • 2 sudu makan serbuk kari daging
  • Garam dan Gula secukup rasa
  • Sedikit air
  • Minyak

Bahan untuk kulit karipap:

  • 300 gram tepung gandum
  • 2 sudu makan butter/marjerin
  • 1/2 cawan air (campur dengan 1 sudu kecil Garam)

Resipi Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.