8 Resipi Kek Batik: Lembut & Sedap, Indulgence, Milo, Horlick, Ganache, Cadbury dan Cheese.

Nama “kek batik” berasal dari corak belahannya yang menyerupai batik. Tapi jangan terkeliru pula dengan kek batik yang berwarna-warni dari Sarawak. Kek batik ini dibuat dengan menggunakan coklat fudge dan biskut teh seperti biskut Marie.

Selain dari rasanya yang enak dan berlemak, kek ini popular kerana ia mudah disediakan dan tidak perlu dipanggang di dalam oven. Sebaliknya, ia hanya perlu disejukkan selama beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dibelah dan dihidangkan.

Berikut adalah 8 jenis resipi kek batik yang anda boleh cuba.

1. Kek Batik Indulgence (Tanpa Telur)

Kredit: Che Nom

Bahan-bahan utk kek:

  • 2 pack / 540g biskut marie
  • 250 gram mentega
  • 1/2 tin / 200g susu pekat manis
  • 1 cawan serbuk Milo
  • 3/4 cawan / 180ml susu full cream
  • 1/2 cawan / 50g serbuk koko
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Bahan-bahan untuk lapisan cheese:

  • 250 gram krim keju
  • 3 sudu besar / 50g gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 3/4 sudu besar serbuk gelatin
  • 3 sudu besar air panas
  • 200 ml krim putar tenusu

Bahan-bahan untuk coklat ganache:

  • 300g coklat masakan gelap
  • 250g krim putar tenusu
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu kecil esen vanilla

2. Kek Batik Viral Lembut & Sedap

Kredit: Surianti Kitchen

Bahan-bahan kek:

  • 2 pek besar biskut marie (600 gram)
  • Butter (200 gram)
  • 1 cawan milo (120 gram)
  • 1 cawan susu pekat (150 gram)
  • 1/2 cawan serbuk koko (60 gram)
  • 1/2 cawan air masak (125 ml)
  • 2 biji telur
  • Esen vanila

Bahan-bahan topping:

  • 250 g dark compound
  • 250ml whipping cream
  • 1 sudu besar butter

3. Kek Batik Milo (Hanya 4 Bahan)

Kredit: Simple Cook

Senarai bahan-bahan:

  • Biskut Marie 1/2 bungkus (150 gram), lebih kurang 35 keping biskut.
  • Butter 200 gram
  • Susu pekat 1 cawan
  • Milo 2 cawan

4. Kek Batik Cheese

Kredit: Buat Orang Lapo

Bahan untuk kek:

  • 1/2 Cawan Milo
  • 2 sudu besar serbuk Koko
  • 2 biji telur
  • 1/4 Cawan Air
  • 1/2 Cawan Susu Pekat
  • 1 sudu kecil Serbuk Vanila / Esen Vanila
  • 125 gram Mentega
  • 200 gram Biskut Marie

Topping:

  • 250 gram Krim Keju
  • 2-3 sudu besar Gula Aising
  • 1 biji telur

5. Kek Batik Horlick

Kredit: bujang masuk dapur

Senarai bahan-bahan:

  • Horlick 250 gram
  • Buttercup 250 gram
  • Telur 2 biji
  • Biskut marie 1 paket
  • Susu pekat 1/2 tin
  • Esen vanilla (takda pun takpa)

6. Kek Batik Coklat Ganache

Kredit: Che Nom

Bahan-bahan untuk kek:

  • 2 pek/ 540g-600g biskut marie
  • 1 ketul / 200g butter (unsalted/salted)
  • ½ cawan / 153g susu pekat
  • ½ cawan / 50g serbuk koko
  • 1 cawan / 120g serbuk milo
  • ½ cawan / 118 ml air panas
  • ½ sudu kecil garam (kalau guna unsalted butter)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil ekstrak/esen vanilla

Bahan-bahan untuk topping coklat ganache:

  • 200ml / 200g whipping cream
  • 200g dark chocolate
  • 1 sudu kecil ekstrak/esen vanilla
  • 1 sudu besar butter

7. Kek Batik Cadbury

Kredit: Limau Nipis

Kek batik:

  • 300g biskut Marie (patah dua setiap keping)
  • 1/2 tin (200g) susu pekat manis
  • 3/4 cawan susu cair
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 3/4 cawan milo
  • 1 1/2 biji telur gred A
  • 250 g mentega

Lapisan coklat Cadbury:

  • 3/4 cawan UHT Whipping cream (dipanaskan)
  • 150g coklat masakan susu (milk chocolate compound)
  • 60g Cadbury
  • 1 sudu besar mentega

8. Kek Batik Horlick Cheese

Kredit: Salwa Atikah

Bahan untuk kek:

  • 1 bungkus biskut Marie (dalam 250g)
  • 150 butter
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 100g white chocolate
  • 1 cawan horlick (200g)
  • 1/2 cawan susu sejat
  • 1 tsp vanilla essence

Bahan untuk cream cheese:

  • 250g cream cheese
  • 40g icing sugar
  • 1 tsp vanilla essence
  • 100ml whipping cream

Resipi Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *