8 Resipi Kek Butter: Lembut & Moist, Premium, Ala Thai, Marble, Oren, Cheese, Pandan, Versi Kukus dan Simple.

Antara kek yang paling mudah untuk disediakan adalah kek butter dimana mentega menjadi bahan asasnya. Walaupun ringkas, namun ia tetap sedap dan sesuai dijamu dengan minuman panas, mahupun sebagai hidangan kuih untuk tetamu yang datang ke rumah.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek ini juga agak simple, tidak cerewet dan boleh diubah suai mengikut citarasa sendiri. Letaklah kismis atau butiran coklat, anda pasti akan terpesona dengan rasanya. Pelbagai lagi cara penyediaan yang lain, dan berikut adalah 8 jenis resipi kek butter yang anda boleh cuba.

1. Kek Butter Ala Thai | Thai Butter Cake

Kredit: Apa Kau Rasa

Peralatan yg diperlukan:

  • 1 biji loyang yg lebih besar dari loyang kek
  • 10 keping kertas tisu / 7 keping kertas saiz A4
  • 2 biji Aluminium baking foil (22cm)

Senarai bahan-bahan

Bahan A: (Saring/Ayak)

  • 265g Tepung Kek
  • 1 1/3 sudu teh Baking powder

Bahan B:

  • 200g Pure Salted Butter (Boleh juga gunakan unsalted, hanya tambahkan 1 sudu teh garam)
  • 100g Gula kastor
  • 100g Gula Aising
  • 16g Ovalette / SP

Bahan C:

  • 245g Telur (suhu bilik) – pecahkan dan timbang

Bahan D:

  • 105g Susu Sejat (suhu bilik)
  • 1 sudu teh esen Vanila

Tips:

  • Mixer – Hanya guna satu arah sahaja dan jangan bertukar arah.
  • Mixer – Ikut masa yang diberikan (6 – 7 minit) & speed (tahap rendah) seperti dalam video.
  • Gunakan rak tengah apabila membakar untuk mengelakkan bahagian atas kek menjadi retak.

2. Kek Butter Yang Gebu & Moist

Kredit: Geng Makan

Saiz loyang: 9 inci

Bahan-bahan:

  • 250g tepung gandum (ayakkan)
  • 1 sudu teh serbuk penaik (ayakkan)
  • 250g butter (suhu bilik)
  • 180g gula kastor
  • 4 biji telur gred A
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 125ml @ 1/2 cawan susu full cream (boleh juga ganti dengan susu segar atau susu cair)

Penyediaan:

  • Panaskan oven pada suhu 180c selama 10 minit sebelum adunan dimasukkan.
  • Bakar dalam oven pada suhu 180c selama 50 minit menggunakan api atas dan bawah.

3. Kek Butter Premium Yg Simple (Sesuai Utk Niaga)

Kredit: Che Nom

Bahan-bahan:

  • 250g / 2 cawan tepung naik sendiri
  • 200g / 1 cawan gula kastor
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • ½ sudu kecil garam
  • 250g mentega tak bergaram
  • 4 biji telur (saiz A atau B)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 80ml / 1/3 cawan susu penuh krim

4. Kek Butter Marble Yang Paling Lembut (Sukatan Cawan)

Kredit: Wani Sukarno

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • 1 cawan mentega atau 250g butter
  • 1 cawan gula halus atau 250g
  • 2 cawan tepung gandum atau 250g
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh baking soda
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 2 sudu besar air panas

5. Kek Butter Oren Yang Lembut & Gebu

Kredit: Who’s Cookin’

Bahan-bahan:

  • 250g mentega / marjerin atau planta
  • 210g tepung naik sendiri (atau tepung gandum + 1 1/2 sudu kecil baking powder yg diayak bersama)
  • 200g gula kastor
  • 5 biji telur (saiz C. Kalau saiz A dan B, guna 4 biji pun cukup)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar parutan kulit Oren
  • 6 sudu besar jus dari 1 biji buah Oren

6. Kek Butter Cheese | Butter Cheese Cake

Kredit: Kathrine Kwa

Saiz loyang: 12” x 4”

Bahan-bahan:

  • 250g mentega bergaram (salted butter)
  • 170g / 3/4 cawan gula halus
  • 150g krim keju
  • 4 biji telur gred A
  • 210g / 1 2/3 cawan tepung gandum
  • 40g / 1/3 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/4 sudu teh garam
  • 50ml susu full cream / segar
  • 35g / 4 sudu besar keju Parmesan

Topping:

  • Sedikit keju cheddar parut

Penyediaan:

  • Bakar pada suhu 180°C selama 50 minit.

7. Kek Butter Berperisa Pandan

Kredit: Ummi AtiyahAtif’s Kitchen

Saiz loyang: 9 inci

Bahan-bahan:

  • 240g mentega golden churn (jenis salted)
  • 240g gula kastor
  • 1 sudu besar ovalette
  • 6 biji telur gred A
  • 45ml buttermilk
  • 45ml santan pekat (KARA)
  • 270g tepung naik sendiri

8. Kek Butter Gebu Versi Kukus

Kredit: Suzy Life

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • 125g gula castor
  • 1/2 sudu ovalet
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 220g buttercup
  • 200g tepung kek superfine
  • 1 sudu teh esen vanila

Resipi Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.