Dari segi luaran, kek marble kelihatan sangat menarik kerana ia mempunyai adunan dan kontras warna yang bercorak. Corak berpusar yang berwarna ini adalah hasil dari sebatian coklat dan vanila. Agak seronok untuk memotong kek ini kerana setiap belahan mempunyai corak seakan ‘marble’.
Kek marble mungkin sedikit rumit untuk disediakan dan perlukan praktis. Namun akhirnya anda akan dapat menyediakan pemanis mulut yang bukan sahaja sedap dipandang, tetapi juga sedap dimakan! Nikmatilah kek ini dengan kopi atau teh ketika waktu minum petang.
Nak belajar cara buat kek ini? Berikut adalah 7 jenis resipi kek marble yang anda boleh cuba.
1. Kek Marble Yang Gebu & Lembut
Kredit: Limau Nipis
Bahan-bahan:
- 250g / 1 cawan mentega salted (suhu bilik)
- 200g / 1 cawan gula kaster
- 5 biji telur gred B (suhu bilik)
- 230g / 1 3/4 cawan tepung kek/gandum
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 50g (1/3 cawan) susu segar/UHT/cair
- 1/2 sudu kecil baking powder
Nota:
Kek ini boleh dibakar atau dikukus. Caranya adalah seperti berikut:
1. Bakar dalam oven
- Tetapkan pada suhu 160c, api atas bawah, NO FAN, letak di rak paling tengah dan bakar selama 50 – 60 minit, bergantung kepada oven masing-masing.
2. Dikukus
- Api sederhana (jangan bakar dengan api kuat, nanti kek keras dan mampat).
- Pastikan air kukusan sudah mendidih, baru mula kukus kek.
- Kalau nak permukaaan kek yang cantik, balut penutup periuk kukus dengan tuala, supaya wap air tidak jatuh ke atas kek.
2. Kek Marble Jelita
Kredit: Che Nom
Bahan-bahan:
- 5 biji telur
- 220g tepung naik sendiri
- 170g gula kastor
- 60ml susu full cream
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu besar ovalette
- 150g mentega (salted)
- Nota: Kalau guna mentega unsalted, tambah 1/4 sudu kecil garam dan ayak bersama tepung.
3. Kek Marble Red Velvet Double Coklat Yang Moist
Kredit: Mykitchen hot
Saiz loyang: 8 inci
Bahan-bahan A
- 250gram mentega/marjerin
- 150gram gula halus
- 5 biji kuning telur gred A
- 1 sudu kecil esen vanila
- 3 sudu besar susu pekat
- 2 sudu besar susu tepung
- 250gram tepung naik sendiri (Boleh guna tepung gandum dan 1 sudu kecil baking powder)
Bahan-bahan B
- 5 biji putih telur gred A
- 50gram gula halus
Bahan-bahan C
- 2 sudu besar yogurt biasa
- 1 sudu teh serbuk koko
- 1 sudu kecil pewarna merah
Bahan-bahan D
- 2 sudu besar serbuk koko
- 1 sudu teh coklat emulco
4. Kek Marble Klasik Sukatan Cawan
Kredit: Real Cooking With Jasmin
Saiz loyang: 8 inci
- 1 cawan marjerin atau pure butter
- 5 biji telur gred B
- 2 cawan tepung kek
- 1 cawan gula castor/gula pasir yg dikisar
- 1/4 cawan susu segar/susu cair
- 1 sudu kecil esen vanila
- Pewarna
Nota: Bakar dalam suhu 150/160c selama 50-60 minit.
5. Kek Marble Kukus (Guna Blender)
Kredit: Ain Elas
Bahan blender:
- Telur – 4 biji
- Ovalatte – 1 sudu kecil (optional)
- Esen vanilla – 1 sudu kecil
- Gula -1 cawan
- Minyak masak – 1 cawan
Bahan-bahan lain:
- Tepung gandum – 2 cawan (ayak)
- Baking powder – 1 sudu teh (ayak)
- Pewarna makanan – hijau / merah ros
6. Kek Marble Kampung
Kredit: Che Nom
Saiz loyang: 9 inci
Bahan-bahan:
- 227g / 1 cawan majerin
- 170g / ¾ cawan gula kastor
- ½ sudu besar ovalette (optional)
- 4 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanila
- 3 sudu besar susu pekat
- 250g / 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 1 sudu besar serbuk koko
- 2 sudu besar air panas
- ¼ cawan susu penuh krim
7. Kek Marble Moist Simple (Tanpa Mixer)
Kredit: Mahani Salman
Saiz loyang: 7 x 7 inci @ 8 x 8 inci
Bahan-bahan:
- 3/4 cawan gula pasir (190 gram)
- 5 biji telur
- 1 3/4 cawan tepung gandum (220 gram)
- 1 cawan butter (250 gram)
- 2 sudu makan serbuk koko
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 /4 cawan susu segar (3 sudu makan)