10 Resipi Kuih Lapis: Nyonya, Tradisional, Pandan, Pelangi, Thailand, Tepung Ubi, Keladi, Samarinda, Jelita, versi Sukatan Cawan dan Acuan Lompang.

Kuih lapis atau manisan yang berwarna-warni ini sangat digemari dan antara hidangan tradisional Malaysia yang terkenal. Kuih lapis juga selalu dihidangkan di majlis-majlis keraian.

Pemanis mulut ini dibina secara berlapis-lapis dengan warna yang berlainan. Bukan sahaja sedap, malah cantik dan comel. Tidak hairanlah ia sentiasa menjadi kuih pilihan ramai apabila dihidangkan di meja.

Berikut adalah 10 jenis resipi kuih lapis yang anda boleh cuba.

1. Kuih Lapis Nyonya – Lemak & Manis

Kredit: Che Nom

Loyang: 7×7 inci atau 8×8 inci

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung beras
  • ½ cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung jagung
  • 1 cawan santan kotak
  • 3 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu kecil pewarna merah

2. Kuih Lapis Tradisional (Sukatan Cawan)

Kredit: CikZaara Akmal

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan tepung gandunm
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan air
  • 1 sudu teh garam
  • Pewarna

3. Kuih Lapis Pandan

Kredit: malay kitchen

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 2 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air pandan (kisar 7-8 helai daun pandan bersama 1 cawan air dan tapiskan)
  • Sedikit garam
  • 1/2 cawan gula
  • Sedikit pewarna makan warna hijau

4. Kuih Lapis Pelangi

Kredit: Dapur Ibunda

Bahan-bahan A:

  • 2 cawan air @ 500 ml
  • 1 cawan gula @ 240 gram
  • 2 helai daun pandan

Nota: Masak bahan di atas sehingga gula larut.

Bahan-bahan B:

  • 1 1/2 cawan + 2 sudu besar tepung beras @ 210 gram (cap teratai)
  • 1/2 cawan + 1 sudu besar tepung ubi @ 75 gram
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 1/2 cawan santan pekat @ 370 gram

Bahan-bahan C: 8 Pewarna

  • Ungu pekat
  • Ungu cair
  • Biru
  • Hijau
  • Kuning
  • Oren
  • Pink
  • Merah + Oren

Nota:

  • Setiap lapisan 1/2 cawan penuh.
  • Kukus setiap lapisan selama 5 minit.
  • Kukus lapisan terakhir selama 10 minit, dan tambah lagi 5 minit kukus tanpa menggunakan penutup.

5. Kuih Lapis Nyonya (Guna Acuan Lompang)

Kredit: Milah’s Kitchen

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • Acuan kuih lompang (acuan loyang pun boleh)
  • Pilihan warna kegemaran anda

6. Kuih Lapis Ala Thailand

Kredit: Na Cham Kitchen

Bahan-bahan:

  • 650ml air 
  • 220g gula (boleh kurangkan)
  • 1/2 sudu gula
  • 300g tepung ubi kayu
  • 180g tepung beras
  • 250ml santan

7. Kuih Lapis Tepung Ubi

Kredit: Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 500 gram tepung ubi
  • 250 gram gula pasir
  • 1 liter santan (boleh guna 2 santan kotak + air)
  • 1 sudu kecil garam
  • Esen vanila
  • Perasa pandan + pewarna hijau

8. Kuih Lapis Keladi

Kredit: Mahani Salman

Bahan-bahan A:

  • 6 1/2 cawan santan pekat (1 setengah biji kelapa)
  • 2 1/2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 1/4 cawan gula pasir
  • 1 sudu teh garam

Bahan-bahan B:

  • 100g isi keladi (rebus empuk)
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu teh perisa keladi

9. Kuih Lapis Samarinda

Kredit: Chubby Chef2020

Saiz loyang: 18cm x 18cm

Bahan-bahan:

  • 300g tepung ubi / tepung sagu
  • 150g tepung beras
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 250g Gula
  • 1100ml santan dari 2 biji kelapa
  • Perisa Rose/Vanilla/Keladi

10. Kuih Lapis Jelita Berbentuk Bunga

Kredit: Aimeris Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung ubi kayu
  • Sedikit garam
  • 4 cawan santan
  • Pewarna makanan
  • Sirap rose

Resipi Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.