6 Resipi Lempeng: Lembut & Sedap, Kelapa @ Peknga, Pisang, Kosong, Manis, Gulung, Versi Tanpa Telur dan Oat.

Lempeng ialah sejenis penkek versi lokal yang sering dimakan semasa sarapan ataupun ketika minum panas di waktu petang. Ia adalah antara sajian yang ringkas dan mudah untuk disediakan.

Lempeng juga boleh disajikan dengan pelbagai gaya persembahan dan rasa. Antaranya adalah lempeng pisang, kelapa dan oat. Sangat enak apabila dimakan dengan sambal, lempeng juga boleh dinikmati dengan begitu sahaja.

Berikut adalah 6 jenis resipi lempeng yang anda boleh cuba.

1. Lempeng Lembut Yang Mudah Disediakan

Kredit: Jom Masak Channel

Bahan-bahan:

  • 1 setengah cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar minyak
  • Secubit garam

2. Lempeng Kelapa @ Peknga Yg Sedap & Lembut

Kredit: Zalieda Zaliedana

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 setengah cawan kelapa parut
  • 1/2 sudu teh tepung penaik / baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 1/4 cawan air biasa (lebih sedap jika gunakan air kelapa)

3. Lempeng Pisang Yg Lembut (Walaupun Setelah Sejuk)

Kredit: Dapur Mama tiera

Bahan-bahan:

  • 8-10 biji pisang berangan
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 biji kelapa parut putih
  • 1 sudu besar gula (suka manis boleh tambah)
  • 2-3 sudu besar air (mengikut keperluan)
  • 1 sudu besar minyak / marjerin cair
  • 2 cawan tepung gandum

4. Lempeng Kosong (Versi Tanpa Telur)

Kredit: Jom masuk DAPUR

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 4½ cawan air
  • 1 sudu besar gula
  • ½ sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak

5. Lempeng Lemak Manis

Kredit: Hanasyraff Channel

Bahan-bahan:

  • 1 mug tepung gandum
  • 1 mug air kosong
  • 1 biji telur
  • 4 sudu besar gula
  • ½ sudu kecil garam
  • 4 sudu besar minyak masak

6. Lempeng Gulung

Kredit: Dapoq Cheq

Bahan-bahan:

  • 250 gram Tepung gandum
  • 1 biji telur ayam
  • Air kosong
  • 2 sudu besar minyak masak

Resipi Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *