6 Resipi Mee Kari: Simple & Sedap, Nyonya, Resipi ala Chef Wan, Style OldTown dan versi Kuah Pekat.

Mee kari adalah salah satu hidangan yang istimewa di Malaysia, terutamanya bagi masyarakat Cina. Hidangan ini popular kerana rasanya yang pedas dan kuahnya yang kaya dengan perisa.

Walaupun terdapat pelbagai versi mi kari di Malaysia, sup sentiasa menjadi komponen penting dalam setiap variasi hidangan. Sup kari berasaskan santan dengan mi adalah resipi yang kerap digunakan.

Dari versi kuah yang sedikit jernih hinggalah yang pekat, mee kari juga disediakan dengan pelbagai jenis topping.

Berikut adalah 6 jenis resipi mee kari yang anda boleh cuba.

1. Mee Kari Simple dan Mudah Untuk Dibuat

Kredit: Buat Orang Lapo

Bahan-bahan:

  • Mee kuning/bihun secukupnya (celur)
  • 1 mangkuk kecil ayam (potong kecil)
  • 1 biji bawang merah besar (tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 2 cm halia (anggaran)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 6 sudu besar serbuk kari (bancuh dengan sedikit air menjadi pes)
  • 4 cawan santan
  • Air (jika perlu)
  • Garam secukupnya
  • Bahan perasa secukupnya
  • Sedikit tauhu kering/basah (potong kecil)
  • 2 batang fish cake (hiris nipis)

Bahan hiasan:

  • Taugeh (celur)
  • Sawi (celur)
  • Telur rebus (potong 2 atau 4)
  • Cili besar merah (hiris)
  • Bawang goreng

2. Mee Kari Nyonya (ala Chef Wan)

Kredit: Selera Lain Macam

Bahan-bahan kisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji cili besar
  • 10 tangkai cili kering
  • Lengkuas sebesar ibu jari
  • Halia sebesar ibu jari
  • Kunyit 2cm
  • 3 biji buah keras
  • 3 tangkai serai
  • 2 sb udang kering
  • 1 sb serbuk ketumbar
  • Segenggam daun kesom
  • Segenggam daun limau purut

Bahan-bahan lain:

  • 300gm isi ayam
  • Fish ball
  • Fish cake
  • Telur rebus
  • Limau nipis
  • Sayuran seperti taugeh

3. Mee Kari Sedap

Kredit: Che Nom

Anggaran hidangan: 7-8 orang

Bahan untuk rempah tumis:

  • 1 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum cengkih
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari

Bahan untuk kisar halus:

  • 4 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 1 batang serai, hiris nipis
  • 2 sudu besar udang kering, rendam sehingga lembut

Bahan untuk bancuhan rempah:

  • 4 sudu besar serbuk kari daging
  • 2 sudu besar serbuk cili

Bahan-bahan lain:

  • 1 bungkus mee kuning
  • Potongan isi ayam
  • Kerang rebus
  • Udang
  • Air rebusan kulit udang
  • Santan cair
  • Fishball
  • Tauhu puff
  • Kiub ayam
  • Santan pekat

Bahan-bahan untuk hiasan:

  • Telur rebus
  • Sawi, celur
  • Taugeh,celur
  • Bawang goreng
  • Cili merah dan hijau
  • Limau Kasturi
  • Telur rebus

4. Mee Kari Simple (Tapi Sedap)

Kredit: Dapur Biru

Bahan-bahan:

  • Mee kuning
  • Isi ayam
  • Isi kerang
  • Sawi
  • Taugeh
  • Telur rebus
  • Fish cake
  • Bebola ikan
  • Bebola ikan goreng
  • Santan
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Kiub pati ayam
  • Asam keping

Pes:

  • 4 sudu Rempah kari daging ayam
  • 4 sudu Cili kering yang dikisar
  • 1/2 inci Halia, 5 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih

Bahan tumisan:

  • 1 Bawang besar dihiris
  • 3 ulas Bawang putih dihiris
  • 4 sekawan
  • Daun Kari
  • Serai ditumbuk

5. Mee Kari Kuah Pekat

Kredit: Dapur Cikta Vok

Senarai bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam dipotong kecil
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Pelaga
  • Bunga cengkih
  • 1 sudu cili kisar
  • Rempah Kari daging (peket kecil)
  • Santan
  • Garam
  • Perasa
  • Gula
  • Mee kuning
  • Telur rebus
  • Kerang
  • Tauhu goreng
  • taugeh
  • Cili api
  • Bawang goreng
  • Daun sup

6. Mee Kari Style OldTown

Kredit: Campoq Campaq Masak-Masak

Senarai bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 cm belacan
  • 1 kotak santan
  • 3 – 5 ketul gula batu
  • 3 – 5 keping asam
  • 1 sudu kecil serbuk pati ayam
  • Garam secukup rasa

Pes Cili:

  • 20 biji cili kering
  • 1 sudu besar udang kering (sangai dan kisar)
  • 2 cm belacan
  • Garam dan gula
  • Minyak untuk menumis

Bahan-bahan Kuah Kari

Bahan Tumis:

  • 5 – 8 tbsp minyak utk menumis
  • 2 ranting daun kari
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah plaga

Bahan Kisar:

  • 2 ulas bawang putih
  • 1/4 – 1/2 biji bawang besar
  • 1/2 inci halia

Bahan Hiasan:

  • Kacang panjang
  • Ayam
  • Tauhu kering
  • Fishcake
  • Daun Bawang
  • Bawang Goreng

Nota: Boleh tambah telur rebus dan kerang.

Resipi Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *