7 Resipi Nasi Ayam: Simple, Hainan, Madu, Penyet, Legend, Istimewa dan Ala Thai.

Nasi ayam adalah hidangan yang cukup digemari ramai di Malaysia. Nasi ayam terkenal dengan aromanya yang wangi dan isi ayamnya yang lembut dan enak. Hidangan ini menjadi lengkap dengan adanya sayuran seperti hirisan timun, tomato dan salad, serta sup panas dan sambal lada yang meningkatkan selera.

Resipi hidangan ini berbeza mengikut kawasan dan kreativiti pemasak, namun bahan asasnya adalah lebih kurang sama sahaja. Berikut adalah 7 jenis resipi nasi ayam yang anda boleh cuba.

1. Nasi Ayam Legend

Kredit: Che Nom

Senarai bahan-bahan

Bahan perap:

  • 2 sudu besar sos tiram
  • Bahan tumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap manis + 1 sudu besar kicap cair

Nasi:

  • 1/2 senduk mentega
  • 1 kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 helai daun pandan
  • 1 batang serai
  • 3 cawan beras
  • 4 1/2 cawan air rebusan ayam
  • Sedikit garam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit

Sos:

  • 6-8 biji cili merah
  • 6 biji cili api
  • Bahan tumbuk halus
  • 2 sudu besar cuka
  • Garam
  • Gula
  • Sedikit air rebusan ayam

Bahan untuk kicap:

  • Air lebihan perapan ayam
  • 1 mangkuk kecil kicap manis
  • Sedikit air rebusan ayam

Sup:

  • Lebihan air rebusan ayam
  • Tulang ayam (jika suka)
  • Karot
  • Kentang
  • 1 biji bawang besar yg dikisar
  • 1 sup bunjut
  • 1 sudu kecil lada putih
  • Garam
  • Gula
  • Daun sup
  • Daun bawang

Bahan-bahan untuk goreng ayam:

  • Minyak untuk menggoreng
  • Ayam yang diperap
  • Sedikit madu

Bahan-bahan untuk hiasan:

  • Tomato
  • Timun
  • Salad
  • Daun sup
  • Daun bawang

2. Nasi Ayam Hainan (dan Tips Ayam Lembut & Juicy)

Kredit: Limau Nipis

Senarai bahan-bahan

Nasi:

  • 2 cawan beras wangi (cuci)
  • 3 ulas bawang putih (cincang)
  • 2-3 sudu besar minyak dari lemak ayam
  • 2 helai daun pandan (simpul)
  • 2 2/3 cawan stok ayam

Ayam:

  • 1/2 ekor (900g) ayam
  • 1-2 sudu makan garam
  • Air (dlm 1600ml)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 pokok daun bawang (separuh bahagian atas sahaja)
  • Kaki ayam
  • Semangkuk besar air ais
  • Minyak bijan (sapu pada ayam sebelum dipotong untuk dimakan)

Sambal cili:

  • 2-3 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 4 biji cili merah
  • 5 biji cili api
  • 1/4 cawan (60ml) stok ayam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 1 biji jus limau nipis
  • Tambah garam jika perlu

Sos kicap:

  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 2 sudu makan kicap cair
  • 1/2 sudu makan kicap pekat manis
  • 1/2 sudu makan kicap pekat masin
  • 2 sudu teh stok ayam
  • 1/2 sudu makan sos tiram

3. Nasi Ayam Mudah & Sedap

Kredit: Malina Lina Pg

Senarai bahan-bahan

Nasi:

  • 3 cawan beras basmati
  • 4 cawan sup
  • 3 hiris halia
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 helai daun pandan (Lina Pg habis stok, tak letak dlm video)
  • 1 batang serai
  • Sedikit butter dan minyak

Ayam:

  • 12 ketul ayam (dari Sup)
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram (atau secukupnya)
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar kicap pekat (option: kalau nak warna lebih gelap)

Sambal:

  • 1 ulas bawang putih (blend)
  • 1 ulas bawang merah (blend)
  • 1 biji tomato (buang biji-blend)
  • 5 biji cili merah (blend)
  • 1 cawan sup
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar cuka
  • Garam dan gula/perasa (jika perlu)

Sup:

  • 1 ekor ayam potong 12 (cuci bersih)
  • 3 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 inci halia (ketuk)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 1 kiub ayam maggie
  • 1 sup bunjut
  • Sedikit daun bawang (ambil bahagian batang)
  • Garam dan perasa (jika perlu)
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak

Kuah kicap:

  • 1 ulas bawang putih (cincang)
  • Lebihan perapan ayam (lepas goreng ayam jangan buang bahan perapan)
  • 1 cawan sup
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu besar kicap pekat
  • Bancuhan tepung jagung (1 sudu kecil + air)
  • Sedikit minyak (anggaran 1 sudu besar)

4. Nasi Ayam Penyet

Kredit: Che Nom

Senarai bahan-bahan

Bahan-bahan untuk tumbuk halus (bahagi kepada dua):

  • 3 inci halia
  • 6 ulas bawang putih

Bahan-bahan untuk rebusan ayam:

  • 1 ekor ayam, potong 4
  • bahan tumbuk halus 1
  • 2 inci lengkuas
  • 3 keping daun salam
  • 1 ketul kiub ayam
  • Anggaran 2 liter air

**bahagi air rebusan kepada 3:
1 bekas untuk nasi,1 bekas untuk sup, dan 1 cawan lebih saja untuk bancuhan tepung

Sup ayam (guna air rebusan ayam):

  • 1 sup bunjut
  • Sedikit air, untuk lebih berkuah
  • Sedikit potongan batang sup
  • ½ sudu kecil lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • ½ sudu kecil jintan manis
  • ½ sudu kecil jintan putih

Bahan-bahan untuk perapan ayam:

  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 3 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • ½-1 sudu besar serbuk kari daging
  • ½ sudu kecil lada sulah
  • ½ sudu kecil garam

Nasi:

  • 3 cawan beras
  • 4 ½ cawan air rebusan ayam
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit garam

Sambal merah:

  • 1 cawan minyak masak
  • 1 genggam ikan bilis
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 4-5 ulas bawang putih **Che Nom lupa letak bahan ni dlm video, nanti jgn lupa letak bawang putih ye.
  • 10 biji cili merah besar
  • 10-15 biji cili padi
  • 3 biji tomato,saiz besar
  • 1 sudu besar belacan
  • 2 sudu kecil gula, atau lebih
  • Garam secukup rasa
  • 2 biji perahan jus limau nipis

Sambal kicap:

  • 1 senduk sambal merah **yang belum goreng (di atas)
  • ½ cawan kicap pekat manis,lebih sedap guna kicap manis pekat jenama ABC

Bahan-bahan untuk salutan tepung:

  • Lebihan rempah perapan ayam
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • Anggaran 1 cawan air rebusan ayam, bancuh supaya cair macam dalam video

Bahan-bahan hiasan lain:

  • 1 keping tempe
  • 3 ketul tauhu
  • Sayur kobis
  • Sayur kacang panjang
  • Hirisan daun sup
  • Hirisan daun bawang

5. Nasi Ayam Madu

Kredit: Geng Makan

Senarai bahan-bahan

Ayam:

  • 7 ketul ayam
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar madu
  • Sedikit garam
  • Minyak (untuk menggoreng ayam)

Nasi:

  • 3 cawan beras
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 sudu mentega
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 biji bunga lawang
  • 4 biji bawang merah (yang telah dihiris)
  • 1 inci halia (yang telah dihiris halus)
  • 5 ulas bawang putih yg telah dihiris
  • Sehelai daun pandan
  • Sedikit garam
  • 1 kiub pati ayam
  • 4 cawan air rebusan ayam + satu cawan air biasa
  • 1 sudu teh serbuk kunyit

Sup:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 inci halia
  • Sedikit air rebusan ayam
  • Sedikit garam
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • Daun sup
  • 1/2 kiub stok ayam

Bahan untuk kicap:

  • Air lebihan perapan ayam

Sos merah:

  • 7 tangkai cili besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/4 cawan cuka putih
  • 3 sudu besar gula putih
  • Sedikit garam
  • 2 sudu besar sos cili

6. Nasi Ayam Istimewa

Kredit: Azie Kitchen

Senarai bahan-bahan

Ayam:

  • 1 ekor ayam – pilih saiz besar
  • 3 ulas bawang putih – tumbuk halus
  • 3 sudu besar madu
  • 2 – 3 sudu besar sos tiram Maggi atau secukupnya
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar Maggi Cukup Rasa atau secukupnya
  • Sedikit serbuk lada sulah – (tak wajib)

Nasi:

  • 3-4 pot beras
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Rempah penumis – 3 sekawan
  • 1 kiub pati ayam Maggi
  • 1-2 helai daun pandan
  • Lemak ayam secukupnya
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 inci halia (ditumbuk)

Sambal cili:

  • 5 tangkai cili yang saiz panjang – kalau saiz biasa guna 10
  • 1-2 biji buah tomato – bergantung kepada saiz
  • 2 sudu besar cuka
  • 2 sudu kecil serbuk perasa Maggi Cukup Rasa
  • 2 sudu besar gula pasir

Sambal kicap:

  • Air kicap lebihan perapan ayam

Bahan2 untuk hiasan hidangan:

  • Salad
  • Timun
  • Buah tomato

7. Nasi Ayam Thai

Kredit: Limau Nipis

Senarai bahan-bahan

Sup:

  • kaki dan leher ayam
  • 2-3 akar ketumbar
  • 1 inci halia
  • 1 kiub pati ayam
  • 700ml air
  • 1-2 sudu kecil garam

Nasi:

  • 1 1/2 cawan beras
  • 1 2/3 cawan sup ayam (sekali dgn akar ketumbar dan halia)
  • 1/3 1/2 ekor ayam (disalut dgn sedikit garam)
  • 2 batang daun ketumbar

Sos:

  • 1 sudu besar sos cili thai/sos pencicah
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • 2 sudu besar sup ayam
  • 1 biji jus limau nipis
  • 1 sudu kecil bawang goreng
  • 8 biji cili api
  • 2 tangkai daun ketumbar dihiris

Resipi Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *