7 Resipi Nasi Lemak: Sedap & Wangi, Pandan, Kukus, Ayam Goreng Berempah, Kuning Utara, versi Basmathi & Strawberry.

Sejak turun-temurun, nasi lemak sememangnya telah menjadi menu sarapan pagi yang popular bagi masyarakat Malaysia. Bahkan, ia juga popular di luar negara dan sering menjadi ‘duta makanan' bagi pelancong yang ingin mencuba hidangan tradisional Malaysia.

Setiap nasi lemak mempunyai resipi dan cara penyediaan yang tersendiri. Dan lazimnya ia berbeza mengikut tempat. Berikut adalah 7 jenis resipi nasi lemak yang anda boleh cuba.

1. Nasi Lemak Sedap Dan Wangi

Kredit: Che Nom

Bahan-bahan untuk nasi:

  • 3 biji bawang merah
  • 2 inci halia
  • 1 batang serai
  • 3 helai daun pandan
  • Sedikit minyak
  • Kayu manis
  • Bunga lawang
  • 4 cawan beras
  • 6 cawan air + santan
  • 1/2 sudu kecil halba, optional
  • Sedikit garam

Bahan-bahan untuk sambal tumis:

  • 7-8 biji bawang merah, kisar halus
  • 5 ulas bawang putih, kisar halus
  • 2 inci halia, kisar halus
  • 1 genggam ikan bilis, kisar halus
  • 2 biji bawang besar, kisar halus
  • Sedikit minyak
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 helai daun pandan
  • 3-4 senduk cili kisar
  • Sedikit air
  • Air asam jawa
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 kiub ikan bilis
  • Gula melaka secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji bawang holland
  • 1 mangkuk bilis goreng

Bahan tambahan:

  • Kacang tanah
  • Ikan bilis
  • Telur rebus

2. Nasi Lemak Pandan Hijau

Kredit: Dapur Ngosek

Bahan Untuk Nasi Lemak Pandan:

  • 3 scoop beras
  • 1 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • Sedikit garam
  • 5 helai daun pandan (diblend dan ditapis airnya)
  • 1 mangkuk kecil santan
  • Air (mengikut sukatan beras)

Bahan Untuk Sambal Nasi Lemak Power:

  • 15-20 Cili kering (diblend)
  • 4 biji bawang merah (diblend)
  • 2 ulas bawang putih (diblend)
  • ½ gula Melaka/nisse
  • ½ sudu kecil garam
  • Setengah cawan air
  • 1 sudu besar asam jawa (ambil airnya sahaja)

Bahan tambahan:

  • ½ kg Ikan Bilis
  • Telor
  • Timun Batang
  • Kacang Tanah (digoreng)

3. Nasi Lemak Kukus dan Ayam Goreng Berempah

Kredit: Che Nom

Bahan-bahan untuk kisar halus:

  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 2 ketul kunyit hidup
  • 4 batang serai
  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 3 biji buah keras (optional)
  • 4 sudu besar air asam jawa
  • Sedikit air

Bahan-bahan lain untuk perapan ayam berempah:

  • ½ ekor/800g ayam
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • ½ sudu kecil garam
  • 3 tangkai daun kari

Bahan-bahan untuk nasi lemak kukus:

  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang merah kecil
  • 2 cawan beras basmathi
  • 3 helai daun pandan
  • 3 cawan santan (sederhana cair)
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan untuk dihidang bersama nasi lemak:

  • Kacang tanah goreng
  • Ikan bilis goreng
  • Timun
  • Telur rebus

4. Nasi Lemak Kuning Utara (Popular Di Kedah)

Kredit: Surianti Kitchen

Bahan-bahan untuk nasi lemak:

  • 2 cawan beras biasa
  • 2 cawan air
  • ½ cawan santan pekat
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam secukupnya

Bahan tumis nasi lemak:

  • 4-5 sudu besar minyak masak
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun pandan
  • 1 batang kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 2 bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga

Bahagian Sambal Udang

Bahan-bahan untuk dikisar halus:

  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

Bahan-bahan lain untuk sambal udang:

  • 1 cawan minyak masak
  • 300g udang (bersaiz kecil)
  • Cili kisar (anggaran 15-10 tangkai cili kering)
  • 1 helai daun pandan
  • ½ inci belacan
  • ½ sudu kecil pes asam jawa
  • 1 biji bawang besar
  • Gula melaka
  • Garam
  • Air (jika perlu)

Bahan-bahan untuk hidang:

  • 1 cawan kacang tanah goreng
  • 1 cawan ikan bilis goreng
  • Timun
  • Telur rebus

5. Nasi Lemak Strawberry

Kredit: Seminit Resepi

Bahan untuk nasi:

  • Beras 2 pot
  • Santan 100ml
  • Air secukup nya
  • Bawang kecil 1 biji
  • Halia 1/2 inci
  • Garam
  • Pewarna merah
  • Daun pandan

Bahan untuk sambal:

  • 1 biji bawang merah cincang
  • 1 paket pes sambal dapo haus
  • Sedikit air
  • 2 tbsp strawberry cincang

Bahan untuk ayam rendang:

  • 4 keping peha ayam
  • 1 paket pes rendang jenama ‘Dapo HAUS'

6. Nasi Lemak Guna Beras Basmathi

Kredit: Surianti Kitchen

Bahan untuk nasi lemak:

  • 4 cawan beras basmathi
  • 2 cawan santan pekat
  • 4 cawan air
  • 2 inci halia
  • 1-2 helai daun pandan
  • 1 batang serai
  • Garam

Nisbah:

  • 1 cawan beras basmathi : 1 setengah cawan bahan cecair

Bahan-bahan utk sambal:

  • 2 genggam ikan bilis
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 biji bawang besar dihiris
  • Garam
  • Gula melaka
  • 1/2 sudu besar asam jawa Xtra Adabi (boleh kurangkan/tambah)
  • Minyak masak untuk menggoreng ikan bilis
  • Air

Bahan kisar:

  • 15-20 tangkai cili kering rebus
  • 2 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar ikan bilis
  • Air

7. Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah

Kredit: Limau Nipis

Bahan utk nasi lemak:

  • 3 pot beras wangi / beras biasa
  • 200 ml santan kotak (1 kotak)
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 sudu kecil garam

Bahan utk sambal nasi lemak:

  • 2cm halia
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm belacan
  • 1 sudu besar gula melaka
  • 1 sudu kecil garam
  • 2-3 sudu besar air asam jawa
  • 4 sudu besar cili boh
  • 1/2 biji bawang holland
  • 3/4 cawan ikan bilis goreng

Bahan utk ayam goreng berempah:

  • 1/3 ekor ayam
  • 1/2 sudu besar serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk cili
  • 1/2 sudu besar rempah kari ayam
  • 2 sudu kecil garam
  • 4 tangkai daun kari

Resipi Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *