6 Resipi Nasi Tomato: Versi Simple, Ala Juadah Pengantin, Resipi Chef Zaidah, Style Penang / Utara, Tanpa Susu Cair dan Ayam Masak Merah.

Nasi tomato merupakan hidangan yang amat popular di Malaysia. Hidangan ini adalah berasaskan tomato yang dicampur dengan pelbagai rempah ratus. Ia biasanya disajikan bersama Ayam Masak Merah (iaitu hidangan ayam berempah yang direneh dengan sos dengan tomato). Menu ini juga sering dihidangkan di majlis perkahwinan. Jika anda mencari resipi nasi tomato yang lazat dan mudah untuk disediakan, pastikan anda rujuk ruangan ini.

Berikut adalah 6 jenis resipi nasi tomato yang anda boleh cuba.

1. Nasi Tomato Yang Simple & Sedap

Kredit: Limau Nipis

Senarai bahan-bahan

Nasi:

  • 2 1/2 cawan beras biasa/wangi/basmathi – cuci dan toskan (dlm video guna beras wangi + basmathi)
  • 1/4 cawan susu cair
  • 2 biji tomato – cincang
  • 1/4 cawan sos tomato
  • 1 sudu makan mentega /minyak sapi
  • 3 sudu makan minyak
  • 1 sudu teh garam
  • 2 1/2 cawan air (sama dgn beras)
  • Daun pandan disimpul

Bahan tumis:

  • 3 ulas bawang putih – hiris
  • 3 ulas bawang merah – hiris
  • 1/2 inci halia – hiris
  • rempah 4 sekawan

Resipi Ayam Masak Merah:

  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil, dan digoreng dgn sedikit garam dan kunyit)
  • 1/2 biji bwg holland
  • 2 sudu makan sos cili
  • Minyak masak secukupnya
  • 1 batang serai dititik
  • 1/2 biji tomato

Bahan kisar:

  • 4 sudu besar cili kisar
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar

Nota:
Gunakan cawan yang sama untuk mengukur semua bahan dan beras.


2. Nasi Tomato dan Acar Timun Ala Lauk Pengantin

Kredit: Che Nom

Senarai bahan-bahan

Nasi:

  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 helai daun pandan
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 4 biji buah pelaga, 2 tangkai cengkih)
  • 1 batang serai
  • 3 cawan beras
  • 4 ½ cawan air
  • ½ cawan susu cair
  • 3-5 sudu besar puri tomato (boleh ganti tomato soup, kalau suka.. Cuma kena letak lebih)
  • ½ cawan kismis
  • Anggaran 1 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa

Acar timun:

  • ½ biji nenas size kecil
  • 1 biji timun
  • 1 biji cili merah
  • 2 sudu kecil gula
  • Sedikit garam
  • 2 sudu besar cuka

3. Resipi Nasi Tomato

Kredit: Chef Zaidah

Senarai bahan-bahan

  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • ½ cawan bawang merah (dihiris)
  • ½ cawan minyak sapi
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum cengkih
  • 3 cm kayu manis
  • 3 biji pelaga
  • 2 cawan beras
  • 2 sudu besar tomato puri
  • 1 ikat daun pandan
  • 3 cawan air

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bawang putih dan bawang merah.
  3. Masukkan kayu manis, cengkih, bunga lawang dan pelaga.
  4. Masukkan tomato puri.
  5. Kacau sebentar, tambahkan air dan biarkan nasi tanak.
  6. Hidangkan bersama bawang goreng ditabur di atas.

4. Nasi Tomato Ayam Masak Merah

Kredit: Destinasi TV

Senarai bahan-bahan

Nasi:

  • 400 gram beras (Biasa atau Basmathi)
  • 200ml susu cair
  • 3 sudu sos tomato
  • 3 sudu tomato puri dlm tin (atau blend beberapa biji buah tomato)
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • 7 ulas bawang kecil (dihiris halus)
  • 2 inci halia (dipotong halus)
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Buah pelaga
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3-4 sudu minyak masak

Ayam masak merah:

  • 6 ketul ayam (diperam dengan kunyit dan garam)
  • 2 sudu sos tomato
  • 3 sudu puri tomato
  • 4 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji bawang Holland
  • 1 biji tomato
  • Beberapa biji bawang kecil
  • 2 batang serai
  • 2 inci halia
  • 1 btg kayu manis
  • Daun ketumbar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 cawan minyak masak

5. Nasi Tomato Penang / Utara

Kredit: Khan’s Cooking Channel

Senarai bahan-bahan

Dalam periuk nasi:

  • Beras basmati (1500g)
  • Sup tomato (400g)
  • Pati tomato (4 sudu besar)
  • Krimer sejat (250ml)
  • Air (1000ml)
  • Gula batu (9 biji)
  • Kiub pati ayam (1)
  • Garam (3 sudu teh)
  • Susu (400ml)
  • Daun pandan (3)
  • Tomato (1)
  • Air mawar (3 sudu besar)
  • Daun pudina (2 sudu besar)

Untuk ditumis:

  • Ghee (10 sudu besar)
  • Bawang besar (200g)
  • Bawang putih (4 ulas)
  • Halia (50g)
  • Badam (15)
  • Gajus (15)
  • Kismis (20g)
  • Kayu manis (2 inci)
  • Bunga lawang (2)
  • Bunga cengkih (7)
  • Buah pelaga (9)
  • Daun pandan (2)
  • Daun pudina (2 sudu besar)

6. Nasi Tomato Tanpa Susu Cair

Kredit: Azah Kumasi

Senarai bahan-bahan

Nasi:

  • 5 tin beras Basmathi (1tin=400ml) dibasuh, direndam 10 minit dan di toskan.
  • 1 cawan Classic Cream of Tomato Soup (brand Heinz dlm tin)
  • 2 sudu besar Tomato Puri (utk color cantik)
  • 5 sudu besar minyak sapi (10 sudu besar jika cair)
  • Rempah sekawan (kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang)
  • 3 helai daun pandan
  • 2 batang daun Saderi
  • 2 batang daun Bawang
  • Garam secukupnya

Sediakan selepas nasi masak:

  • 3 sudu besar Air Mawar
  • 1-2 sudu besar Gula (petua nasi berkilat & makin sedap)

Bahan dimayang atau dikisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • Jika dikisar guna sukatan air yg sama tin. (dlm video guna 1/2 tin dari 5 tin air)

Resipi Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *