10 Resipi Puding Roti: Sos Kastard, Karamel, Bakar, Kukus, Coklat, Marble, Cheese, Gardenia, versi Simple, Tanpa Telur dan Air Fryer.

Puding roti sememangnya juadah yang paling ideal dihidangkan ketika waktu minum petang. Bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan roti ini juga tidak banyak. Mungkin semuanya pun sudah tersedia di dapur anda.

Puding roti menjadi pemanis mulut yang sangat enak kerana sosnya. Anda boleh letakkan apa sahaja jenis sos yang anda suka, contohnya sos karamel, vanila, ataupun coklat. Tepuk dada tanya selera!

Tanpa melengahkan masa lagi, mari lihat senarai 10 jenis resipi puding roti yang anda boleh cuba sekarang.

1. Puding Roti dan Sos Kastard

Kredit: Surianti Kitchen

Size loyang: 8 x 8 inci

Bahan-bahan untuk Puding Roti:

  • 8 keping roti putih
  • 2 sudu besar mentega
  • 500 ml susu segar
  • 2 sudu besar gula
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Kismis

Bahan Sos Kastard:

  • 350 ml susu segar
  • 60 ml air
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar tepung kastard

Bahan lain:

  • Mentega secukupnya untuk kegunaan bagi menggris/menyapu loyang

2. Puding Roti Karamel (Tak Perlu Oven)

Kredit: Limau Nipis

Size acuan: 8.5 x 4.5 inci (tinggi 3 inci)

Bahan untuk Gula karamel:

  • 1/3 cawan gula
  • 2 sudu besar air panas

Bahan untuk Puding:

  • 3 biji telur (gred A)
  • 4 keping roti
  • 1 cawan susu sejat/susu segar
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan air
  • 1 sudu teh esen vanilla/pandan/rose

3. Puding Roti Kukus Simple Tapi Sedap

Kredit: Dapur Ngosek

Bahan-bahan:

  • 5 keping roti
  • 1 tin susu cair
  • Butter (untuk disapukan pada roti)
  • Kismis untuk hiasan
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 biji telur

4. Puding Roti Coklat Butterscotch Versi Khairul Aming

Sumber: VerUpgle Kitchen

Bahan-bahan untuk roti puding:

  • 2 cawan susu segar
  • 2 biji telur
  • 4 sudu gula
  • 8 keping roti Butterscotch
  • Chocolate chips

Bahan untuk sos kastard:

  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu gula
  • 1.5 sudu tepung kastard

Nota: Bakar pada suhu 180c selama 40-45 minit.


5. Puding Karamel Tanpa Telur & Tanpa Kukus

Kredit: Ain Elas

Bahan Untuk Gula karamel:

  • Gula – 4 sudu besar
  • Air- 2 atau 3 sudu besar

Bahan-bahan Puding:

  • Agar-agar tali/serbuk – 10g
  • Air – 4 cawan
  • Susu pekat – 1/2 cawan
  • Gula – 1/2 cawan
  • Susu cair – 1 tin
  • Vanilla exract – 1 sudu kecil
  • Tepung kastard – 2 sudu besar

6. Puding Roti Menggunakan Air Fryer

Kredit: Azah Kumasi

Bahan untuk puding roti:

  • 8 keping @ 300gram Roti
  • 2 cawan susu segar full cream
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • 3 sudu besar butter yg dicairkan
  • Topping ikut pilihan sendiri: mix fruit, walnut cincang, kismis atau coklat cip.

Nota: Bakar di Air Fryer pada suhu 180c selama 10-15minit sehingga masak atau sehingga mencapai tahap garing yg dikehendaki.

Bahan untuk sos kastard:

  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 1/2 cawan air
  • 3 sudu besar gula (boleh tambah)
  • 3 sudu besar susu pekat (jika suka rasa lemak)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Esen kuning (jika perlu)

7. Puding Roti Marble Tanpa Telur

Kredit: malay kitchen

Bahan-bahan puding roti marble:

  • 4 keping roti
  • 1 cawan susu cair (250ml)
  • 3 1/2 cawan air
  • 1/4 cawan gula
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 paket agar-agar serbuk
  • Sedikit pewarna makanan merah
  • 1 sudu besar serbuk koko

8. Puding Roti Cheese Ringkas (Kukus dgn Noxxa)

Kredit: I Am Mohd Sham

Bahan-bahan:

  • 5/6 keping roti
  • 2 cawan susu segar
  • 4 keping keju Chesdale
  • 1 cawan gula
  • 4 biji telur
  • 1/2 sudu teh perisa pisang
  • 2 sudu besar mentega

9. Puding Roti Gardenia

Kredit: BELLA SUKA SHARE

Bahan-bahan:

  • 4 keping roti Gardenia yang dicarik-carik
  • 1/2 cawan air
  • 3/4 susu cair
  • 1/3 susu pekat
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 3 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 peket agar-agar serbuk 10 gram
  • 2 sudu besar serbuk koko yang dibancuh air

10. Puding Roti Bakar, Mudah dan Sedap

Kredit: Fendy Pantai

Bahan-bahan:

  • 10 keping roti
  • 1 sudu majerin
  • 3 cawan susu
  • 4 biji telur
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu Esen vanilla
  • Kismis

Nota: Dibakar pada suhu 200c selama 30-40minit.

Resipi Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *