7 Resipi Roti Jala: Lembut & Tahan Lama, Jelita (Warna-Warni), Coklat, versi Simple, Tanpa Telur & Santan.

Roti jala merupakan sejenis hidangan yang popular di Malaysia. Ia sesuai dimakan bersama minuman panas ketika sarapan pagi atau minum petang. Ia juga biasanya dihidangkan bersama kuah kari ayam atau kuah kegemaran sendiri.

Roti jala agak mudah untuk dibuat dan hanya memerlukan beberapa jenis bahan sahaja. Ketika membuat roti ini, adunan akan dituangkan ke dalam kuali leper yang panas, dan kemudiannya digulung atau dilipat.

Berikut adalah 7 jenis resipi roti jala yang anda boleh cuba.

1. Roti Jala Yang Lembut Sepanjang Hari

Kredit: jannah cookbook

Senarai bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum (375 gram)
  • 1 sudu kecik serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 2 cawan air (500 ml)
  • 1 cawan santan (240-250 ml)
  • 2 1/2 sudu besar minyak masak

2. Roti Jala Lembut dan Kari Ayam Berkerisik

Kredit: Che Nom

Bahan-bahan Untuk Roti Jala

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3½ cawan santan cair
  • 1 biji telur
  • 3 sudu besar penuh majerin atau ¼ cawan majerin cair
  • 1 sudu kecil garam
  • ¾ sudu kecil serbuk kunyit

Nota: Kalau guna santan kotak, cairkan 1 kotak kecil dengan air supaya menjadi 3½ cawan santan cair.

Bahan-bahan Untuk Kari Ayam Berkerisik

Bahan-bahan tumbuk halus:

  • 4 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 2 inci halia

Rempah 4 sekawan:

  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih

Bahan-bahan lain:

  • ½ cawan minyak masak
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • Sedikit air
  • ½ – 1 ekor ayam saiz sederhana
  • ½ – 1 batang lobak merah
  • 2-3 cawan santan cair
  • 2 biji kentang
  • 2-3 sudu besar jus asam jawa
  • 1 cawan santan pekat
  • 2-3 sudu besar kerisik
  • Garam secukup rasa

3. Roti Jala Jelita

Kredit: moktih channel

Senarai bahan-bahan:

  • 1 kg tepung gandum
  • 4 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 5 cawan air
  • 1 cawan @ 1 kotak santan
  • Sedikit garam
  • Pewarna: hijau, kuning dan merah

4. Roti Jala Tanpa Telur

Kredit: Buat Orang Lapo

Senarai bahan-bahan:

  • 2 1/2 Cawan Tepung Gandum
  • 2 Cawan Air
  • 1 Cawan Susu Segar @ Susu Cair
  • 1 Sudu Besar Minyak
  • 1 Sudu Kecil Garam
  • Pewarna Makanan
  • Serbuk Kunyit (Sebagai pewarna makanan)

5. Roti Jala Coklat dengan Sos Coklat

Kredit: Jom Masak Channel

Adunan roti jala:

  • 1 cawan susu penuh krim
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 2 sudu besar gula
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 2 sudu minyak
  • 2 cawan tepung gandum

Nota: Adunan boleh menghasilkan sekitar 40-45, bergantung kepada cara menjala dan size roti jala.

  • Sos coklat
  • 100g coklat gelap (dark chocolate)
  • 100g coklat susu (milk chocolate)
  • 1/4 cawan susu penuh krim (boleh guna 1/2 cawan atau 1/3 cawan jika nak sos cair sedikit)
  • 1 sudu besar mentega

Nota: Guna coklat jenama Beryl's lebih sedap.

Tips: Utk sos coklat yang cair sedikit, boleh guna resipi berikut:

  • 100g dark chocolate
  • 100g milk chocolate
  • 1/2 cawan susu penuh krim
  • 1/4 cawan minyak

6. Roti Jala Tanpa Santan & Telur, Sesuai Utk Berniaga

Kredit: The Sisters Cooking Project

Senarai bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Air
  • Pewarna kuning

Tips: Utk mengelakkan roti menjadi keras, pastikan roti tak terdedah lama pada angin. Dan jangan tutup waktu roti masih panas.


7. Roti Jala Mudah dan Cepat

Kredit: Azie Kitchen

Senarai bahan-bahan:

  • 3 setengah cawan air
  • 1/2 sudu besar garam
  • 1 biji telur
  • Sedikit pewarna yang disukai
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar minyak masak

Resipi Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *