7 Resipi Shell Out: Ala Restoran, Mudah & Sedap, Masak Kam Heong, Buttermilk, Kuah Padu, versi Khairulaming & Che Nom.

Bagi penggemar makanan laut, konsep Shell Out mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi. Tetapi bagi belum tahu, Shell Out merupakan sejenis hidangan seafood dimana makanan (dalam jumlah yang agak banyak) akan dicurahkan di atas daun pisang/lapisan yang bersih di atas meja.

Anda akan jumpa pelbagai jenis makanan laut (serta sayuran seperti lobak, brokoli dan jagung) dan seterusnya dijamah secara beramai-ramai dengan keluarga ataupun rakan-rakan.

Jika anda tidak menjumpai restoran yang menyediakan hidangan ini di kawasan anda, jangan risau, kerana anda juga boleh sediakan sendiri di rumah jika ada bahan-bahan yang lengkap.

Berikut adalah 7 jenis resipi shell out yang anda boleh cuba.

1. Shell Out (Kat Rumah)

Kredit: Che Nom

Bahan-bahan kisar halus:

  • 1-2 biji bawang merah besar
  • 3-4 biji bawang merah kecil
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 10-15 tangkai cili kering ATAU 4-5 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar udang kering

Bahan-bahan untuk Sambal:

  • 1 cawan minyak masak
  • ? ketul/ 80g mentega
  • 1 batang serai
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 ½ sudu besar serbuk kari
  • Sedikit gula
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3-4 sudu besar sos cili

Bahan-bahan lain untuk direbus/celur:

  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • 2 batang jagung
  • 1 batang karot
  • Sayur brokoli
  • 1 kilo ketam
  • 1 kilo lala
  • ½ kilo udang

Bahan untuk kerang rebus:

  • 1 kilo kerang
  • 1 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih

Bahan-bahan untuk sotong tepung (perapan):

  • 7-8 ekor sotong
  • ½ sudu kecil garam
  • ½ sudu kecil lada sulah
  • ½ sudu kecil lada hitam
  • Sedikit perahan limau nipis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • Sedikit garam
  • 2 sudu besar adunan tepung (**seperti di bawah)
  • 1 biji putih telur
  • Sedikit air

Bahan-bahan untuk sotong tepung (adunan tepung):

  • 1 sudu kecil lada sulah
  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam
  • ½ sudu besar serbuk cili
  • ½ sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu kecil serbuk pati ayam

2. Shell Out Masak Kam Heong

Kredit: chef sartiman man

Bahan-bahan Utama:

  • Minyak masak 500ml
  • Butter 500gm
  • Bawang besar 250gm
  • Bawang putih 100gm
  • Halia 70gm
  • Cili padi merah 16 biji
  • Cili padi hijau 16 biji
  • Daun kari 5 tangkai
  • Cili kering 5 biji di potong2
  • Udang kering 50gm
  • Lada hitam di kisar 30 gm
  • Cili kisar 200 gm yang di rebus dahulu
  • Rempah kari ikan 150gm
  • Air secukupnya
  • Kicap manis 300ml
  • Kicap masin 30ml
  • Sos tiram 1kg
  • Garam secukupnya
  • Gula pasir secukupnya
  • Serbuk perasa secukupnya

Seafood:

  • 1.5kg sotong
  • 1.5kg kupang
  • 1.5kg pepahat
  • 1.5kg ketam
  • 1.5kg udang

Bahan-bahan sayur:

  • 1kg carrot
  • 5 biji broccoli
  • 3 biji jagung
  • 1 bili lada benggala merah
  • 1 biji lada benggala kuning

3. Shell Out Mudah & Sedap

Kredit: Seminit Resepi

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang holland
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 inci halia
  • Segenggam cili kering
  • 5 batang cili padi
  • 1 sudu besar udang kering
  • 1 sudu besar kari ikan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • Daun kari
  • Air secukupnya
  • Perasa/gula/garam
  • 1 pack seafood ‘FreshFrozen2u'
  • Sayuran

4. Shellout Buttermilk

Kredit: Erni DinaSyahmi

Bahan-bahan:

  • 1kg seafood – boleh campur-campur udang, sotong, ketam, lala, mussels, pepahat, ikan atau apa yang anda suka.
  • 5 ulas bawang putih – hiris/blend/cincang/tumbuk
  • 1/2 biji bawang holland
  • 3 sudu butter
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 tin susu cair
  • Broccoli
  • Carrot
  • Jagung
  • Daun kari – dalam setengah genggam
  • Cili api – ikut citarasa
  • 1 sudu tepung jagung

5. Shell Out Sedap (Macam di Restoran)

Kredit: airtangan kak devi

Bahan A (kisar):

  • Cili kering segenggam (direbus dahulu)
  • Bawang besar – 1 biji
  • Bawang putih – 3 ulas
  • Halia – 2 inci

Bahan B:

  • Lala
  • Ketam
  • Sotong
  • Udang
  • Brokoli
  • Lemon
  • Jagung
  • Sos tiram – 3 sudu
  • Sos ikan – 2 sudu
  • Serbuk kari ikan – 1 1/2 sudu
  • Garam dan gula
  • Serbuk pati ayam/kiup pati ayam

6. Shell Out Dengan Kuah Padu

Kredit: Ummi AtiyahAtif's Kitchen

Bahan-bahan Seafood (Rebus):

  • Air
  • Garam
  • Udang harimau
  • Sotong
  • Ketam nipah
  • Kupang
  • Kerang

Bahan-bahan utk kuah:

  • 2 sudu besar marjerin pelangi
  • 2 biji bwg besar
  • 5 biji bwg merah kecil
  • 4 ulas bwg putih
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai
  • 4 tangkai daun kari
  • 2 helai daun pandan
  • 20 batang lada kering (rebus & kisar hals)
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • Udang kering
  • 1 sudu kecil serbuk paprika
  • 1 inci belacan bakar
  • Gula melaka
  • Air rebusan seafood
  • 1 sudu kecil kerisik
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos BBQ hickory smoke
  • 6 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1/2 cawan cooking cream
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • 1/2 biji lemon
  • 6 biji cili padi merah

Bahan-bahan utk hiasan:

  • Jagung
  • Lobak merah
  • Brokoli
  • Hirisan lemon

7. Shell Out versi Khairulaming

Sumber: VerUpgle Kitchen

Bahagian 1:

  • 2 ekor ketam, direbus, simpan air rebusan

Bahagian 2: Kisar/Blend Semua

  • 2 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bwg putih
  • 1 batang serai
  • 1 genggam cili kering, direbus

Bahagian 3:

  • 1 sudu rempah kari daging
  • 2 sudu sos tiram
  • 2-3 helai daun limau purut
  • Gula
  • Garam
  • Seafood kegemaran anda
  • Jagung – direbus
  • Broccoli, mentah
  • Lemon

Resipi Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *