7 Resipi Sup Tulang: Simple & Sedap, Padu, Ala Thai, Merah, Singapore, Kelantan, Utara dan Versi Tanpa Sup Bunjut.

Sangat sedap dinikmati ketika masih panas, sup tulang adalah antara sup yang paling digemari di Malaysia. Sup yang lazat ini lazimnya menjadi pelengkap jamuan untuk nasi putih serta lauk-pauk yang lain. Malah ada juga yang suka menikmati sup ini bersama bihun atau dengan jenis mi yang lain.

Proses memasak sup ini juga agak mudah, cuma ia mengambil masa yang agak panjang untuk disediakan. Namun, hasilnya pasti akan memuaskan hati dan selera anda.

Menghasilkan sup tulang yang padu sudah semestinya bergantung kepada resipi yang mantap. Jadi, tanpa berlengah lagi, jom lihat 7 jenis resipi sup tulang di bawah.

1. Sup Tulang Simple & Sedap

Kredit: Nasser’s Kitchen

Bahan utama:

  • 2kg tulang lembu (bahagian tengkuk, rusuk atau ekor)

Bahan-bahan untuk dikisar:

  • 800g bawang merah besar – 9 biji
  • 300g bawang putih – 25 ulas

Bahan-bahan untuk tumis:

  • 3 ulas bawang merah kecil dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 3cm halia dihiris kasar
  • 200ml Minyak masak

Bahan-bahan untuk rempah:

  • 20 biji cengkih
  • 15 biji buah pelaga
  • 4 batang kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 1 daun salam

Bahan-bahan lain:

  • 4 sudu teh garam atau secukup rasa
  • 2 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu kecil lada putih Aji-Shio

Bahan-bahan sayuran:

  • 350g kentang dipotong
  • 600g lobak merah dipotong
  • 1 biji tomato

2. Sup Tulang Padu dan Air Asam Yang Pedas

Kredit: Che Nom

Bahan-bahan sup tulang:

  • 1.5 kilo tulang daging
  • Anggaran 1 liter air
  • Rempah 4 sekawan (1 bunga lawang, 4 biji pelaga, 1 kayu manis, 3 cengkih)
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 2 inci halia
  • 4 biji buah keras (pilihan)
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 batang serai (pilihan)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 batang lobak merah
  • 1 sup bunjut
  • 2 biji kentang
  • 2 batang saderi (pilihan)
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Limau nipis
  • 1 kiub pati lembu / ayam (pilihan)
  • Bawang goreng

Bahan rempah sup tulang:

  • 1 sudu besar serbuk ketumbar*
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis*
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan putih*
  • Nota: Bahan (*) boleh ganti dengan 2 sudu besar serbuk rempah sup

Bahan-bahan air asam:

  • 1 biji tomato
  • 1 biji bawang besar
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 inci belacan bakar
  • 2 biji cili merah
  • 5 tangkai cili padi
  • Sedikit perahan limau nipis
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa

3. Sup Tulang Ala Thai

Kredit: Ummi AtiyahAtif’s Kitchen

Bahan-bahan:

  • Tulang kambing (lembu pun boleh)
  • 1 inci lengkuas
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 biji bawang holland
  • Akar ketumbar
  • 2 batang serai
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 batang kayu manis
  • 10 batang cili padi merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 kiub pati lembu
  • 1 biji tomato
  • 2 biji perahan limau nipis
  • 6 tangkai daun limau purut
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 batang daun saderi
  • 1 pokok daun ketumbar
  • Minyak utk menumis
  • Air secukupnya
  • Garam (jika perlu)
  • Bawang goreng (sebagai hiasan)

4. Sup Tulang Merah Singapore

Kredit: Chef Faizul

A. Bahan-bahan utk pes:

  • Cili kering (biji dibuang) – 25g
  • Bawang besar – 200g
  • Halia – 70g
  • Daun kari – 10g
  • Bawang putih – 80g
  • Sos tomato – 150g
  • Sos cili – 150g
  • Puri tomato -120g
  • Rempah 4 sekawan: buah pelaga (1g), bunga lawang (1g), bunga cengkih (1g), kulit kayu manis (2g)
  • Daun salam – 1/2g
  • Serbuk adas (fennel powder) – 5g
  • Serbuk jintan manis – 10g
  • Serbuk ketumbar – 15g
  • Serbuk lada hitam – 2g
  • Tepung kacang lentil – 50g
  • Tepung kacang hijau – 50g
  • Minyak masak – 300g

B. Bahan-bahan utk tulang:

  • Tulang kaki kambing – 3kg
  • Air – 1kg
  • Nota: Masak guna pressure cooker selama 45 minit hingga 1 jam (guna setting ‘Meat/Stew’ utk pressure cooker jenama Noxxa). Selepas masak, simpan air kuah tulang sebagai stok.

C. Bahan-bahan utk sup:

  • Pes dari bahan A – guna dalam 600g
  • Garam dan Gula – secukup rasa
  • Pewarna merah jenis serbuk – (jika mahu/optional)
  • Tulang kaki kambing yg telah direbus
  • Nota: Reneh semua bahan selama 15 minit.

Bahan hiasan:

  • Daun ketumbar

5. Sup Tulang Versi Kelantan

Kredit: Amalina’s Kitchen

Bahan untuk tumis:

  • 5 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 inci halia
  • Rempah dari sup bunjut
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit garam

Bahan untuk sup:

  • 1kg Tulang yg direbus sehingga empuk bersama 2 inci halia dan sup bunjut
  • Nota: Rebus tulang guna api kecil sampai lembut.

Penyediaan hidangan:

  • Air perahan limau nipis
  • Bawang goreng
  • Hirisan daun bawang
  • Hirisan daun sup
  • Hirisan lada potong

6. Sup Tulang Utara (Tanpa Sup Bunjut)

Kredit: Jufri Aiman

Bahan-bahan:

  • Tulang
  • Bawang Besar
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Serai
  • Bunga Lawang
  • Bunga Cengkeh
  • Lada Hitam
  • Kulit Kayu Manis
  • Buah Pelaga
  • Garam
  • Serbuk MAGGI Cukup Rasa
  • Minyak masak
  • Daun bawang
  • Daun sup

7. Sup Tulang Yang Mudah (Tanpa Pressure Cooker)

Kredit: RM Network

Bahan utama:

  • Tulang – 500g

Bahan tumis:

  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 kulit kayu manis
  • 3 biji ketumbar
  • 1 bunga cengkih

Bahan sup:

  • Sup bunjut
  • 2 inci halia (diketuk)
  • 1 ulas bawang besar
  • 1 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 1 – 2 biji kentang
  • 1 biji tomato
  • 1/2 sudu besar lada hitam kisar (lada sulah pun boleh)
  • Kiub pati ayam
  • Garam – secukup rasa

Bahan hiasan:

  • Daun bawang/sup
  • Bawang goreng

Resipi Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.