9 Resipi Tomyam: Ayam, Daging, Seafood, Campur, Kuah Pekat, Putih, Tom Yam Goong, Kai Pattani dan versi Simple.

Tom yam ialah sejenis sup yang mengandungi pelbagai campuran bahan-bahan seperti seafood, ayam, sayuran, dan lain-lain. Hidangan yang berasal dari Thailand ini akan menjadi lebih lengkap apabila dihidangkan bersama nasi putih serta lauk-pauk yang lain.

Selain rasanya yang pedas, masam dan manis, kombinasi bahan-bahan di dalam resipi ini seperti serai dan daun limau purut turut mengeluarkan aroma yang harum dan menyelerakan.

Terdapat pelbagai jenis resipi tom yam, dan setiap satunya memiliki ciri-ciri yang tersendiri. Jadi, kalau anda teringin nak masak tom yam, tetapi tidak pasti nak ikut resipi yang mana, jom rujuk 9 resipi tom yam yang disenaraikan di bawah. Selamat mencuba!

1. Tomyam Thai Campur

Kredit: Che Nom

Bahan-Bahan Rebusan A:

  • Air secukupnya
  • Akar ketumbar
  • 2 inci lengkuas
  • 4-5 helai daun limau purut
  • 2 batang serai
  • Cili padi, hiris atau tumbuk kasar
  • 1 ketul kiub ayam

Bahan-Bahan Rebusan B:

  • Karot
  • 1 mangkuk isi ayam
  • Bawang holland
  • 3 sudu besar pes tom yam
  • Cendawan tiram
  • Tomato
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 3 ekor sotong
  • 7-8 ekor udang besar
  • 1/4 cawan susu cair
  • Jus limau nipis dari 4 biji limau
  • Hirisan daun ketumbar, untuk tabur
  • 1 mangkuk kecil isi ayam

2. Tom Yam Ayam, Simple & Sedap

Kredit: Hamizah Kitchen

Bahan-bahan:

  • Seekor ayam
  • 3 sudu besar pes tom yam (botol kecil)
  • Sebiji bawang besar
  • 8 biji bawang putih
  • 5 biji cili api
  • 4 batang serai
  • Kiub pati ayam
  • Lengkuas
  • Daun limau purut
  • Bunga kobis
  • Buah tomato
  • Garam
  • Sedikit gula

3. Tomyam Putih Ala Thai

Kredit: Rizal Tomyam

Bahan-bahan:

  • Sotong
  • Ayam
  • Bawang merah
  • Serai
  • Daun limau
  • Cili padi
  • Cili besar merah
  • Tomato
  • Daun ketumbar
  • Bunga kubis
  • Garam
  • Gula
  • Ajinomoto
  • Susu cair
  • Air limau
  • Sos tiram

4. Tom Yam Seafood (Kuah Pekat)

Kredit: Tekak Diva Studio

Bahan-bahan rebusan A:

  • Air secukupnya
  • 2- 3 Akar ketumbar
  • 2 inci Lengkuas
  • 4-5 helai daun Limau purut
  • 2 batang Serai
  • Cili Padi, hiris atau diketuk (lebihkan jika suka pedas)
  • 1 Kiub Pati Ayam

Bahan-bahan rebusan B:

  • Bawang Holland
  • 3 sudu besar Pes Tom Yam (jenama Maepranom)
  • Cendawan Tiram
  • Tomato
  • 2- 3 sudu besar Sos Ikan
  • 7-8 ekor Udang
  • 3 ekor Sotong – dicelur sekejap dengan air panas (untuk elak liat)
  • 1/4 cawan Susu Cair
  • Jus Limau Nipis dari 4 Biji Limau
  • Daun Ketumbar – untuk tabur
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula

5. Tom Yum Goong

Kredit: Buat Orang Lapo

Bahan-bahan:

  • 15 ekor Udang
  • Kulit Udang
  • 3 Cawan @ 750 ml air
  • 5 – 6 hirisan Lengkuas
  • 2 Batang Serai
  • 6 Helai Daun Limau Purut
  • 1 Akar Daun ketumbar
  • 2 Tangkai Cili Padi
  • 3 Sudu Besar Susu Cair
  • 1 Cup Cendawan Tiram
  • 2 Sudu Besar Pes Tom Yum
  • 1 1/2 Sudu Besar Sos Ikan
  • Garam
  • Gula
  • Bawang
  • 2 Sudu Besar Jus Limau
  • Daun Ketumbar

6. Tomyam Campur Kuah Pekat

Kredit: Royazren Mohamed Zan

Bahan-bahan:

  • 2 inci Lengkuas
  • 3 batang Serai
  • Akar Daun Ketumbar – 2 pokok
  • 4 helai Daun Limau Purut
  • 5 biji Cili Padi (ikut kepedasan masing2)
  • Tomato
  • Bawang Kuning
  • Daun Ketumbar
  • Stok udang / ayam
  • Sos ikan
  • Pes Tomyam
  • Pes cili thai (Kalau suka pedas)
  • Perahan limau nipis
  • Susu segar (Boleh juga ganti dgn santan cair)

Isi (Boleh capurkan bahan kegemaran anda):

  • Daging
  • Ayam
  • Udang (Simpan air rebusan sebagai stok)
  • Sotong

7. Resipi Tomyam Tanpa Pes

Kredit: Rezeki Dapur Kita

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 2 sudu makan sos cili
  • Cili padi
  • Limau nipis secukup nya
  • 1 sudu makan sos ikan
  • Garam dan gula
  • Bunga kubis
  • Tomato
  • Daun ketumbar

8. Tom Yam Daging

Kredit: Kak Lis

Bahan-bahan:

  • 250 gram daging rebus
  • 1 ikat daun ketumbar
  • 1/2 bawang besar
  • 2 batang serai
  • 8 tangkai cili padi
  • 30 gram lengkuas
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 biji limau nipis
  • Cendawan straw secukupnya
  • Cendawan tiram secukupnya
  • 1 batang carrot
  • 1 bungkus jagung muda
  • 2 biji tomato
  • Bunga kobis secukupnya
  • Kiub tomyam secukupnya
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 sudu makan cili kisar (cili giling)
  • Garam secukupnya
  • Kicap masin secukupnya
  • Minyak masak secukupnya
  • Air secukupnya

9. Tomyam Kai Pattani

Kredit: Rezeki Dapur Kita

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk air
  • 4 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 biji bawang merah (diketuk)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 2 tangkai daun ketumbar (diketuk)
  • 6 keping hirisan lengkuas
  • Ayam yg dipotong kecil
  • Cili padi yang diketuk
  • 4 helai daun limau purut
  • Jus limau nipis
  • 1 senduk pes tomyam
  • Cendawan tiram
  • Garam dan gula secukupnya
  • Hirisan bawang holland
  • Hirisan buah tomato

Resipi Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *